CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Periuk Meletup Masa Bersiaran Live, Habis Program Ini 'Kantoi' Jual Barang Cap Ayam

29-5-2017 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 96565| Komen: 159|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Pelbagai cara dan teknik pemasaran yang digunakan oleh peniaga untuk melariskan produk dan barangan jualan mereka.
Pelbagai cara dan teknik pemasaran yang digunakan oleh peniaga untuk melariskan produk dan barangan jualan mereka.

Kadang-kadang ada segelintir dari golongan ini bukan sahaja sanggup menipu dengan mengatakan sesuatu barangan tersebut adalah sangat berkualiti, malah mereka juga langsung tidak menghiraukan aspek keselamatan atau risiko bahaya yang akan ditanggung oleh pengguna.


Dalam zaman yang segalanya mudah dan hanya di hujung jari ini, maka ramailah golongan wanita terutamanya terpengaruh dengan segala iklan dan promosi yang disiarkan dalam sebuah rancangan khas di sebuah stesen televisyen berbayar ini.

Untuk makluman, program tersebut memang dikhaskan untuk mempromosikan barang-barangan yang kebanyakannya adalah alat-alat keperluan di rumah.

Namun malangnya, baru-baru ini tular rakaman yang mendakwa barangan-barangan yang dijual di sini adalah tidak berkualiti dan semuanya 'cap ayam'.



Menerusi rakaman berdurasi 21 saat itu, seorang chef sedang membuat demo masakan menggunakan periuk yang dikatakan boleh menjimatkan tenaga sebanyak 80%.

Segalanya 'kantoi' apabila periuk yang dipromosikan itu meletup secara tiba-tiba ketika sedang bersiaran secara langsung.

Apa lagi, ramai yang 'terkejut beruk' dengan insiden terbabit kerana selama ini telah ditipu hidup-hidup dengan pelbagai janji manis dari produk yang ditawarkan.

Foto: Twitter
Disebabkan itu, netizen mula mendakwa barangan yang ditawarkan di sini sememangnya tidak berkualiti.

Ramai juga yang mengatakan ianya hanya gah pada nama dan ramai yang terpengaruh dengan cara pengacara yang cukup meyakinkan ketika bercakap mengenai produk-produk tersebut.

Siap ada yang berpesan, "Pesan pada mak-mak, isteri-isteri anda tolonglah jangan terpedaya dengan barangan yang dijual di sini. Padahal tak ada kualiti, jual pula dengan harga mahal."

Apa-apa pun dinasihatkan agar anda melakukan kaji selidik di internet ataupun dengan bertanya pada orang di sekeliling sebelum membeli sebarang produk atau barangan.

Jangan mudah terpedaya dan jadilah seorang pengguna yang bijak, okay? -CARI
37

Bagus
68

Marah
87

Terkejut
27

Sedih
86

Lawak
51

Bosan

Friends Rank (356 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krmy 29-5-2017 11:12 AM
Hebattt...
Quote ainashiqa 29-5-2017 11:12 AM
Gila ah meletup.nasib baik meletup time live.so kebarangkalian meletup kt umh org rendah
Quote paz 29-5-2017 11:13 AM
Kenalah jadi pembeli yang bijak.
Quote kiambang 29-5-2017 11:14 AM
Mujur tak pernah beli..
Quote yayangmama 29-5-2017 11:21 AM
klu tgk iklan kt goshop ni semua mcm nk beli

hahahaha

tp nk kne bijak la tanya mrgoogle selagi boleh
Quote CiliPadiSedap 29-5-2017 11:22 AM
maaf produk tv berbayar ni kt luar lagi murah, dia orang masuk iklan by sharing kos bukan mcm produk terlajak laris vida qu puteh berbayar juta juta..

maaf lah produk cmni semua SAMPAH SARAP.. biasa yang terjerat makcik2 nenek2 kt rumah yang ada duit lebih nak jadi modern..

ada je sedara beli produk ni last2 masuk stor kt rumah.. mop jenis percik air kat lantai.. last2 guna mop RM 12 je senang.. bohong semua produk ni.. produk ni TAK DE KUALITI.. asal boleh jual..

jadi silalah boikot ye.. dia orang fikir UNTUNG bukan fikir KUALITI.. produk canggih tp kualiti sampah masyarakat..

ingat dulu smartshop sama je konsep.. cuma akak beli periuk cosway ok je so far so good..
Quote skinsandstars 29-5-2017 11:23 AM
Go shop ni memang jual barangan murahan yang dijual dengan harga mahal. Dah lah barangan murahan, tak berkualiti pulak tu. Yang kesian nya acik2 kampung yang suri rumah lah yang selalu beli benda ni. Antaranya ialah jiran tetangga aku kat kampung. Huhu kesian tengok.
Quote Ayda89 29-5-2017 11:26 AM
Kelako host nya sempat cover lagi. Mau melecur tangan chef tu
Quote jointhecurse 29-5-2017 11:27 AM
nasib ak xd rasa nak mbeli benda2 alah gn
Quote CiliPadiSedap 29-5-2017 11:28 AM
tolong boikot produk go shop ni. semua sampah sarap.. jom boikot kempen beli barang berkualiti.. jangan terpedaya harga diskaun..
Quote CiliPadiSedap 29-5-2017 11:29 AM
tu baru masak pakai portable gas stove kalau masak kt rumah akak rasa nuke nuclear bomb dah berbuka puasa kt hospital dah kalau masak guna periuk tu
Quote myakayina 29-5-2017 11:30 AM
jgn mudah terpedaya.. mujur tak kena muka memasing masa meletop tu..
Quote hyie 29-5-2017 11:31 AM
mak aku rajin beli periuk rice coocker bagai kt sini...aku penah beli nature republic n alat senaman jah hehe
Quote iwan007 29-5-2017 11:31 AM
CiliPadiSedap replied at 29-5-2017 11:22 AM
maaf produk tv berbayar ni kt luar lagi murah, dia orang masuk iklan by sharing kos bukan mcm produk ...

masa iols balik kampung last few weeks iols ada terperasan mop jenis percik air tu kat dapur rumah mak iols.
dok bersawang tepi  pintu. iols syak mak iols or kakak iols yg dah terpedaya pi beli
Quote iwan007 29-5-2017 11:32 AM
myakayina replied at 29-5-2017 11:30 AM
jgn mudah terpedaya.. mujur tak kena muka memasing masa meletop tu..

kalau kena muka chef dengan pengacara tu lagi best sis. cash sangat kan. menipu org jer keje
Quote AlienGurlz 29-5-2017 11:34 AM
Aku selalu baca dulu komen2 kat website Go Shop untuk sama ada produk tu bagus ke tak. Tapi kebanyakan yang aku baca, semuanya tak bagus.
Yang paling kelakar produk yang pakai spray buih tu. Konon2 kena spray banyak2, lepas tu nanti bilas dengan air dan kotoran akan hilang.
Nampak macam senang je kotoran tu keluar padahal kotoran yang diaorang buat kat set Go Shop tu entah2 diaorang pakai serbuk Milo je.
Quote CiliPadiSedap 29-5-2017 11:36 AM
iwan007 replied at 29-5-2017 11:31 AM
masa iols balik kampung last few weeks iols ada terperasan mop jenis percik air tu kat dapur rumah ...

warna biru ek? akak guna mop tu tembak kucing yang nak curi ikan je.. tak de nya nak guna mop lantai.. jijik habuk tak melekat air lantai menumpah cm air ketuban.. baik guna mop biasa kedai hardware.. produk go shop sampah masyarakat
Quote myakayina 29-5-2017 11:37 AM
iwan007 replied at 29-5-2017 11:32 AM
kalau kena muka chef dengan pengacara tu lagi best sis. cash sangat kan. menipu org jer keje :huff ...

strategi marketing katanya dik.. merangkap tipu org sekali la tuh..klu melecur tu harus terus insaf.. kdg brg2 dlm go shop ni ntah mana punya brand la..
Quote sakurazura 29-5-2017 11:40 AM
acik2 yg da terbeli ape2 product goshop ni mintak terima kenyataan. produk xberkualiti. jiran meols beli vacum yg kecik tu.meols try gune. benda tu tu cepat panas. nak terbakar meols rasa. baik xpayah.meols gune penyapu lagi ok. lagi satu kuali tu pon meols tgok da terkopek2 coating dia. tp jiran meols diam je. xpenah nk complaints. yg mana da rosak tu meols tgok die xgune. yg penting terus tengok go shop n continously membeli. bile meols nasihat die ade je die mengelat n salah kan meols pulak. da kena sumpahan go shop ke ape. lagi satu die beli jubah kat go shop. kain moss crepe je pon. jahitan pon sedeh meols tgok. kat kenanga boleh dpt 6helai dgn harga n kualiti yg die beli. xsilap meols die dpt 2 helai kot dr go shop tu.

Lihat semua komen(159)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.182828 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top