Edited by mixed at 26-5-2017 05:29 PM
Ezlynn Terkena Demam ViralDiterbitkan: Jumaat, 26 Mei 2017 12:49 PM
[size=0.75em]Semoga Ezlynn cepat sembuh.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]PETALING JAYA: Penyanyi Ezlynn dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court dekat sini pada pagi Khamis selepas mengalami demam panas dan sesak nafas. Ezlynn berkata, doktor mengesahkan bahawa dia terkena jangkitan demam viral yang turut membawa kepada penyakit lain seperti asma dan masalah pada buah pinggang. "Semalam saya minta ahli keluarga datang ke rumah dan bawa saya ke hospital kerana demam panas dua hari, saya juga tidak boleh bangun dan sesak nafas.
"Selain itu, mata saya juga bengkak dan berair kerana alahan dan masalah buah pinggang. Alhamdulillah hari ini (Jumaat) keadaan saya agak baik dari semalam," ujarnya kepada mStar Online.
[size=0.75em]Ezlynn
Penyanyi yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye ini berkata, dia masih lagi dalam pemerhatian doktor.
Dalam pada itu, Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 35, tidak menolak demam viral itu dijangkiti selepas pulang bercuti di Lombok, Indonesia, baru-baru ini.
"Mata saya masih bengkak, doktor masih cari ubat sesuai kerana ubat yang diberi semalam tidak sesuai dengan badan saya.
"Setakat ini doktor belum beritahu bila boleh balik, saya harap dapat pulih cepat dan menjalani ibadah puasa seperti biasa," ujarnya.
Read more at http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... 6qJR1Vgeb1AMusvu.99
|