Tahniah diucapkan kepada Sharifah Sakinah yang selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.1 kilogram di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada jam 9 pagi semalam.
Memetik Harian Metro, kakaknya iaitu pelakon dan pengacara Sharifah Shahirah berkata kelahiran anak sulung yang diberi nama Anais Adha itu lewat dua minggu dari tarikh jangkaan. "Alhamdulillah, Sakinah selamat bersalin juga. Kalau ikutkan dia dijangka bersalin 10 Mei lalu, tetapi sehingga semalam tidak ada sebarang tanda untuk bersalin. "Disebabkan itu doktor menasihati dia dimasukkan ke hospital semalam. Namun selepas diberikan 'induce' Sakinah masih tidak boleh bersalin," katanya kepada Harian Metro.
Selain ditemani suami Aliff Adha ketika bersalin, kakak meraka yang juga pelakon Shahrifah Haslinda turut berada di hospital menemani Sakinah. "Buat masa sekarang Sakinah masih berehat di hospital. "Anais adalah cucu ke-17 dalam keluarga kami. Jadi, bertambah meriahlah keluarga kami. Kehadiran Anais juga satu rahmat buat mereka sempena kedatangan Ramadan," katanya. Terdahulu, Sakinah dan Aliff diijabkabulkan pada 28 Mac 2015, bagaimanapun dia pernah keguguran pada Februari tahun lalu. 17 cucu? Ramai juga tu. Bertambah meriahlah keluarga mereka menyambut kedatangan Ramadan tahun ini ya. - CARI
|
19
Bagus |
27
Marah |
16
Terkejut |
19
Sedih |
18
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
LadyDiddy replied at 24-5-2017 04:00 PM
Tahniah Kinah...ni salah sorang retis yang iols rasa macam lama nau mengandung.. sorang lagi samtill ...
ADVERTISEMENT