CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Asyik Watak Sama, Nina Juren Ingin Watak Orang Gila Pula

24-5-2017 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 12229| Komen: 94|Original author: Oleh: Adib ZA

Description: Pelakon Datin Nina Juren yang sering mendapat watak sebagai wanita berada, mengakui teringin merasai watak orang kurang siuman yang merempat di tepi jalan.Berkata kepada Astro Gempak, dia yang sudah b ...

Pelakon Datin Nina Juren yang sering mendapat watak sebagai wanita berada, mengakui teringin merasai watak orang kurang siuman yang merempat di tepi jalan. 


Berkata kepada Astro Gempak, dia yang sudah berkecimpung selama 20 tahun dalam bidang lakonan belum sekalipun ditawarkan watak sedemikian. 

"Sebenarnya dari dulu lagi saya impikan watak orang gila. Saya mahu jadi orang gila yang berada dalam keadaan kotor, tidur di kaki lima dan duduk di tepi tong sampah.

"Saya rasa watak itu sahaja yang belum pernah diberikan kepada saya untuk dilakonkan. Saya mahu juga mencabar diri untuk melakukannya.

"Saya tahu, ramai produser atau pengarah tidak mahu menawarkan watak itu kerana dikatakan wajah saya tidak sesuai tetapi sekarang sudah banyak teknik solekan yang boleh mereka lakukan untuk mengubah seseorang itu," katanya. 


Katanya lagi, selain mahu mencabar lakonannya sendiri, itu merupakan satu cara untuk menyelami perasaan golongan yang kurang bernasib baik.

Foto: Astro Gempak
"Pada saya, itu sahaja cara untuk kita tahu dan menyelami perasaan golongan ini.

"Saya sudah fikir, jika saya diberi peluang membawa watak ini saya akan membuat kajian penuh dengan duduk mungkin sebulan di kawasan jalan Chow Kit.

"Ia memerlukan kajian yang betul kerana ia bukan perkara biasa dalam kehidupan seharian kita," katanya lagi. - CARI 
26

Bagus
32

Marah
24

Terkejut
35

Sedih
22

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (170 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acik_Whitney 24-5-2017 12:36 PM
Typical aktres tempatan.. Watak yg dianggap mencabar.. Pompuan gila/psycho, pelacor, org miskin gelandangan.

Kalau aktor pulak watak yg dianggap mencabar watak lelaki lembut/nyah
Quote kiambang 24-5-2017 12:36 PM
Muka dia ni sesuai dengan watak datin .. same as realiti ..
Quote September14 24-5-2017 12:38 PM
masa muda2 dulu xnak jd org gila
Quote idolfan 24-5-2017 12:39 PM
Cliche sangat pemikiran pelakon2 malaysia ni... asal watak gila duduk kat lorong je mencabar. banyak lagi kot watak2 lain?

watak orang hidap alzheimer ke.. watak orang yang hidup dalam masalah tapi indenial ke... watak ustazah yang kena seksa batin oleh husband dia seorang ustaz ke... baaaanyyaaaakk kot character2 yang belum di explore dengan baik..
Quote ira_229 24-5-2017 12:40 PM
dia ni cantik & anggun..suka tengok..kesianlah kalau watak orang gila..
Quote Duta lover 24-5-2017 12:40 PM
Maybe slow2 sheolss bole amik watak yg lain dulu..contoh mcm jasmin hamid. Watak dia lebih versatile. Jd makcik2 kepoh...jd pompuan kampung...n mak datin pun bole.


So kalau nina nak start..amik watak kelakar pun ok..sbb wpn katanya da 20thn dlm industri..rasanya sheolss lama berhibernasi yaaa. N muncul kembali dgn watak mak datin
Quote eely_shana 24-5-2017 12:48 PM
Ok lah tu. Setuju jek dgn statement dia nk cuba mcm2 watak mekap comot2 takde nk jadi org kaya memanjang n nak cantik memanjang...all the best akak nina
Quote merahrose 24-5-2017 12:53 PM
idolfan replied at 24-5-2017 12:39 PM
Cliche sangat pemikiran pelakon2 malaysia ni... asal watak gila duduk kat lorong je mencabar. banyak ...

wtak ustazh ni adibah noor pnh bwk....x pasti tjuk crta
Quote krustykrab 24-5-2017 12:54 PM
dia ni lakonan pun so-so aje...bukannya ada wow pun...paling aku ingat adegan panas chuolls citer lenjan bawah katil dgn pelakon mana tah

aduiii itulah sumbangan beliau selama 20 tahun ni
Quote ShrekFiona20 24-5-2017 01:07 PM
merahrose replied at 24-5-2017 12:53 PM
wtak ustazh ni adibah noor pnh bwk....x pasti tjuk crta

Ehhh rindulah adibah noor.. mane ek dia sekarang??
Quote fadz84 24-5-2017 01:13 PM
krustykrab replied at 24-5-2017 12:54 PM
dia ni lakonan pun so-so aje...bukannya ada wow pun...paling aku ingat adegan panas chuolls citer le ...

Dgn tok rosyam danish la.. huhu
Quote merahrose 24-5-2017 01:15 PM
ShrekFiona20 replied at 24-5-2017 01:07 PM
Ehhh rindulah adibah noor.. mane ek dia sekarang??

ada je...skrg tgh run drama jadikan aku yg kedua....astro maya
Quote krustykrab 24-5-2017 01:20 PM
fadz84 replied at 24-5-2017 01:13 PM
Dgn tok rosyam danish la.. huhu

Haah baru ingat dgn rosamdanish bawah katil tu
kan....

Mohon sheoll duk rumah jaga anak laki je lah..
Quote azimodin 24-5-2017 01:21 PM
Xperlu watak kotor2 , pengemis leleh air mata bagai untuk "menguji" kemampuan. Tengok citer Hidden Figure, pelakon wangi2 tapi lakonan best. Mungkin Datin nak transform ala2 Charlize Theron dlm Monster kot...
Quote Zasss777 24-5-2017 01:22 PM
Dah umur umur mcm ni redho je la dpt watak apa pun. Tu pun untung ada job.
Quote matchstick 24-5-2017 01:24 PM
meanwhile zila bakarin yg x datin tu pulak eksen x nak watak comot, acik kampung.
Quote mat_arof 24-5-2017 01:27 PM
x de ke nak watak macam Nina Sayes  dalam Black Swan lakonan Natalie Portman..
best giler watak tu,,mencabar k...

x pun watak still alice lakonan Julianne Moore


watak pompuan psiko dalam filem Gone Girls




Quote lovelytouch 24-5-2017 01:29 PM
Setakat mana ja pun kualiti lakonan Nina Juren. Samada takat tu ja atau mmg dia confident boleh berlakon watak heavy. Tp x perlu tgu org lain offer u buat ja cerita sendiri. Cntoh puan sri Tiara dia tahu never org dlm industri sni nak buat filen PGL dan bagi dia watak seberat PGL so dia buat sendiri utk tunjuk pd masyarakat ttg kualiti lakonan dia. Giitteww akaq kasi pendapat .
Quote mamaRu 24-5-2017 01:32 PM
mama leh bayangkan 20 tahun lagi, wan sharmilla buat statement ala2 nina juren nih

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.174002 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top