CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Macam Mana Boleh Ada Lipas Dalam Tu? - Netizen Bimbang Pendedahan Tentang Kurma

24-5-2017 05:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 19122| Komen: 63|Original author: Oleh: Adib Za


Bulan Ramadan yang bakal tiba dalam masa beberapa hari ini, sememangnya sangat sinonim dengan pengambilan buah kurma ketika bersahur mahupun berbuka puasa. 


Dipercayai ia mampu memberi tenaga yang segera kepada mereka yang mengambilnya sekaligus melancarkan proses berpuasa selama sebulan.

Namun, sejak semalam perkongsian yang dibuat oleh seorang wanita Siti Norbaya mendapat perhatian begitu mendalam di kalangan netizen. 


Melalui gambar yang dimuatnaik, Siti Norbaya mendakwa kebanyakan buah kurma kering yang dijual di pasaran mempunyai anak lipas atau pun bubuk di dalamnya. 

Eeee! Memang menggelikan! Katanya, tidak kiralah kurma yang dibeli itu dengan harga mahal atau murah, pasti tetap ada anak lipas di dalamnya.


"Mohon korang kopek dulu kurma itu, ada biji ke takda biji ke, kopek dulu, tengok dalam dia.

"Setiap kali beli kurma mesti ada anak lipas/bubuk dalam tu. Bukan sebiji dua, mesti confirm berbiji-bijilah."

Begitulah pesanan yang dititipkannya buat semua umat Islam yang bakal mengambil buah kurma ketika Ramadan nanti. 


Ternyata, dalam masa singkat tidak sampai pun 24 jam, jumlah perkongsian telah mencecah hampir 50 ribu kali! Ini menunjukkan betapa terkejutnya orang ramai tentang perkara tersebut.

"Macam-macam hal, dah tak tahu nak beli jenama kurma apa pula ini."

"Ya, baru semalam makan, memang ada pun dalam kurma ke.."


Kesimpulannya, semoga perkongsian ini membuka mata kepada orang ramai tentang perkara yang selama ini mungkin ramai yang terlepas pandang. 

Pun begitu, lebih baik kita sentiasa berjaga-jaga terutamanya bila ia melibatkan makanan yang akan menjadi darah daging. - CARI 
39

Bagus
33

Marah
31

Terkejut
32

Sedih
24

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (190 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myakayina 24-5-2017 05:35 PM
mmg pernah kena dulu, paling malu masa bagi gift kat org la, ada yg bgtau kurma tu ada ulat dah.. kes masa keje opis lama..
Quote krmy 24-5-2017 05:41 PM
Kalo jenis dlm kotak yg tak di seal mmg camtu...bendasing sng masuk...tambah benda manis, lg suka la dia
Quote zawara 24-5-2017 05:55 PM
CARI-MAMS replied at 24-5-2017 05:24 PM
Bulan Ramadan yang bakal tiba dalam masa beberapa hari ini, sememangnya sangat sinonim dengan peng ...

ni la antara sebab kenapa dulu aku tak suka mkn kurma.. trauma nk mkn.. ada byk sgt teloq lava natang apa taktau.. bila mkn pon rasa pelik  

tapi skrg ni sebelum mkn kopek dulu tgk.. so far kurma yusuf taiyob hat padia tah nama dia hat kurma yg tak ranum.. xdak la bendasing.. kalau hat ranum selalunya ada natang tu.. mmg tak usik la hat ranum
Quote degurlz 24-5-2017 05:56 PM
Baru smlm beli kurma.. x pasti ada ker tak sbb blom mkn.tak pernah fikir dlm tu ada lipas
Quote mawar_pink 24-5-2017 05:58 PM
setakat ni xpenah plak jupe benda2 pelik dlm kurma ms mkn..
Quote Artemesiaa 24-5-2017 06:02 PM
Mesti yang dah lama tapi dijual semula sebab hanya bulan posa je ramai suka makan kurma dari bulan2 lainnya
Quote swimswim 24-5-2017 06:11 PM
Sbb tu ai pilih kurma yang masih bersambung dgn tangkai
Quote Siputjelly 24-5-2017 06:13 PM
aduhh. selama ni makan tak de jumpa apa apa lagi. apa apa pun utk langkah berhati hati better lah basuh & kopek dulu sebelum makan
Quote JDT 24-5-2017 06:30 PM
Adusss....saya makan terus je...
Quote jiwarasa 24-5-2017 06:36 PM
makan buah kana la lagi sedap
Quote merrissa 24-5-2017 06:40 PM
euwww gelinyaaaa....lipas kot....
Quote beautifulliar 24-5-2017 06:52 PM
Ya ampun..geli plk

Tak penah terpikir dlm tu lipas bersarang

Pasni mmg kena kopek sume
Quote Zasss777 24-5-2017 06:57 PM
Jarang nak kopek bila mkn kurma. Gulp!
Quote umbut 24-5-2017 07:28 PM
Aduh.. Aku biasa ngap.. X pernah tgk pun mesti dah byk telur lipas aku telan
Quote mishungu 24-5-2017 07:30 PM
Iols baru termkan baru ni..sumpah geli aku..masa mkn rasa pelik kurma ni tp gigit lg baru prasan menatang ni..choiii ku ludah blk semua yg ada dlm mulut
Quote saladin780 24-5-2017 07:31 PM
krmy replied at 24-5-2017 05:41 PM
Kalo jenis dlm kotak yg tak di seal mmg camtu...bendasing sng masuk...tambah benda manis, lg suka la ...

Kan..kat pasaraya tu customer yg bodo skit tu siap gi buka lagi kotak kurma tu wat makan..tester katanya
Quote BlueRoses96 24-5-2017 07:44 PM
Nak nangissss bila bacaaa Tp selama nie mmg prefer kurma yg lembut tu..ada yg ckp kurma lembut tu jarang ada eh mende tu? Nasib baik

Kurma keras tu mmg tak bole masuk tekak
Quote AbukRokok 24-5-2017 07:50 PM
ok tahun ni..aku boikot kurma
Quote AbukRokok 24-5-2017 07:51 PM
harap harap yusuf taiyoob kalau xbuat clarification company dia melingkup bangkrap

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.065870 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top