CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Bukan Saya Kira, Mesin Kira" - Wanita Ini Terkejut Harga Petai RM400!

22-5-2017 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3920| Komen: 21|Original author: Oleh: Maly Rosli

Mak aih, mahal betul petai ni! Sampai RM400 harga dia. Anda pernah makan atau jumpa petai semahal ini tak?

Mesti terkejut kan? Begitulah apa yang dirasakan seorang wanita bernama Anyss apabila mendapati jumlah keseluruhan perbelanjaannya mencecah sehingga RM800! Memang terperanjat beruklah orang tu.


Menerusi perkongsiannya di akaun Facebook Anyss Mohd Auranyss, dia mendakwa dikenakan bayaran sebanyak RM808.60 oleh sebuah pasar raya sedangkan kuantiti barangan tak seberapa di dalam trolinya.



"Pertama kali membeli-belah di pasar raya G****, barang tak sampai satu troli bernilai RM808.60. Tercengang mak oi!" tulisnya.

Tilik punya tilik, rupa-rupanya ada satu barang yang harganya tak masuk dek akal. Harga RM400.36 bagi sepapan petai telah dicetak pada resitnya. Masalahnya, Anyss tak membeli sebarang petai. Macam mana tu?



Meskipun berlaku kesilapan di situ, juruwang bagaimanapun bersikap 'kerek' pula. Memang bertambah naik angin la puan Anyss.

"BUKAN SAYA KIRA KAK. MESIN KIRA," katanya.



Selepas mengadu perkara berkenaan di kaunter khidmat pelanggan dan menyemak resit bayaran itu, ternyata berlaku kesilapan. 

Dalam masa sama, Anyss turut memberi peringatan kepada orang ramai supaya berhati-hati dan membuat semakan resit bayaran sebelum meninggalkan pasar raya.



Ramai juga netizen yang berkongsi pengalaman sama selepas membaca luahan hati wanita terbabit.

"G***t memang dari dulu macam ni.

"Hari tu beli ayam mentah, harganya tak sampai RM10 tapi kat resit dicetak RM500. Dah la bayar guna kad kredit," antara komen netizen.


Foto: FB Anyss Mohd Auranyss

Jadi, berhati-hatilah semua ya. Semak dahulu resit pembayaran dan pastikan harga dan barangan yang tertera sama dengan apa yang anda beli. - CARI
18

Bagus
32

Marah
23

Terkejut
16

Sedih
15

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (118 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote amyza 24-5-2017 09:36 PM
Kalau jadi mcm ni,sorry ler nak bayar. Suruh check semua barang dulu
Quote yayah8989 24-5-2017 10:49 AM
loh kalo mahal sangat boleh request untuk cek semula kan,. sepatutnya cashier boleh double cek jugak kalao rasa benda tu x mSuk akal.. benda ni leh setel dengan baik2 aja.
Quote sueburn 24-5-2017 12:35 AM
Klu aku kena, mmg aku query abis-abis. Cek balik harga brg, then baru bayar. Org belakang nak hangen ke apa lantak la, seba aku byr pakai duit aku.. Banyak kali gak terkena..
Quote innocentsangat 23-5-2017 09:27 PM
Pernah jadi dh cmni. Haha
Quote Super-M 23-5-2017 08:10 PM
giant mmg kaki tipu.. pernah kena.. hati2 lah bbelanja sini.. aku mmg banned giant
Quote cheergirlz 23-5-2017 10:58 AM
giant kenyang mkn duit terapung jer...
Quote fefeeling 22-5-2017 11:31 PM
Adakah akak ni punya ego tinggi? Rasa kena herdik terus swipe card nak tunjuk ada duit kot? Xkan la kau bangang sgt dah tau bajet brg2 yg kau beli berapa pastu bila dah habis punch baru tersedar harga lagi mahal? Kalau aku dulu kena harga shelf lain, system lain even though dia dah punch, aku suruh cancel je.. Kesah pulak aku org blkg tunggu lama ke, manager kau gi makan ke.. Yg nak membayar ni aku, so please jgn malas nak gaji buta aje eh mcm mana susah aku nak earn every penny, mcm tulah kau k ...
Quote kekgebu 22-5-2017 11:27 PM
Kalo area rumah cover tesco delivery, baik beli online tesco je. Click2 pastu booking slot delivery rm3 je. Org tu dtg hantar brg smpai depan pintu umah.
Quote aliimran 22-5-2017 03:37 PM
boikot je giant..
Quote irwansuhadi 22-5-2017 03:30 PM
memang shopping  kat GIANT macam hampeh pun. Pernah ada pengalaman gampang sebegini.
Quote HujanBatuTiga 22-5-2017 02:40 PM
Sepatutnya jgn bayar. Suruh dia panggil manager betulkan dulu. Nanti dia swipe card apa ntah utk amend kat machine tu.
Haritu penah kene tp kes display harga beza dgn masa scan. Nasib dpt pekerja berbudi bahasa. Suruh dia keluarkan item tu dari list pastu aku byr item lain je. Then, bwk lg sorg pekerja suruh tgk kat rack. So dptla harga mcm kat rack. The end..

Tapi yelah kesian kak tu baru 1st time shopping kt giant jadi gini plak.
Quote kiambang 22-5-2017 02:23 PM
Sepatutnya cashier tu kena cakap akak refer kat customer service .. dia tak blh nak buat apa ... berhemah la sikit ..
Quote kiambang 22-5-2017 02:21 PM
Beli apa pun kat mana mana kena check resit ... jangan malu plk nak refund... pernah terjena dgn giant , aeon big n tesco ..
Quote imransulaiman 22-5-2017 02:20 PM
Terlebih caj tu satu hal...tu harga petai sepapan RM400 apa cerita?

Saya pun nak kongsi pengalaman. Beli barang dapur RM150++ bayar guna credit card. Semua ok masa di kaunter. Harga ok, transaksi pun ok. Dapat resit lipat masuk wallet (habit). Balik rumah macam biasa semua ok. Selang dua hari, saya cek Maybank2U...cek transaksi credit card. Sekali tengok, terus terperasan kad kena caj dua kali nilai yang sama! Nasib baik resit belum buang.

Saya pergi ofis dorang bawa resit dan copy penya ...
Quote RatuDunia94 22-5-2017 02:18 PM
Ha'ah eh knp akak tu gigih g bayar jugak?
Kalo iols suruh dia cek balik kt screen atau cancel je ckp xde duit byk tu..
Quote tupaiterbang 22-5-2017 02:10 PM
Giant ni perangai selalu mcm gampang
Quote iraizz 22-5-2017 01:52 PM
petai emas..hehe
Quote faztee 22-5-2017 01:08 PM
umang aihh..klu aq pn mngamuk..gilo nk cekau duit bnyk tu..ms tm nk byr tu..ade tuis totl kn sblm swipe kad..if dh nmpk awl baik xyah bli brg tu semua..cncel je
Quote swayne 22-5-2017 12:52 PM
I kalau beza rm1 pun tuntut. Bikan berkira tapi i selalu geram harga display lain, bayar lain. I bukan lah rajin nak scan price check semua. Baca je harga kat rack, ambil. Tetiba scan lain harga. Panggi supervisor dia kata price display kat rack belum tukar lagi. Sistem je tukar. So salah i keeee
Quote capiloton 22-5-2017 12:39 PM
yang pegi bayar buat apa?
cakap je la, takpe la dik, tak jadi beli semua.
baru padan muka.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.024108 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top