Seorang remaja maut selepas meminum kopi, minuman bergas dan soda penambah tenaga secara berterusan dalam tempoh bawah dua jam. Kematian Davis Allen Cripe ini sekaligus mencetuskan amaran mengenai risiko pengambilan kafein berlebihan.
Cripe yang berasal dari carolina Selatan itu disahkan meninggal dunia akibat masalah jantung yang dipenuhi kafein dan menyebabkan arrhythmia. Menurut laporan NBC News, dua jam sebelum pengsan Cripe telah meminum kopi, sebotol besar air Mountain Dew dan minuman tenaga. Koroner Daerah Richland, Gary Watts menyifatkan kejadian ini sebagai sesuatu yang amat luar biasa kerana kematiannya bukan berpunca dari kemalangan atau kecederaan, sebaliknya disebabkan kafein.
Susulan dari itu Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat menasihatkan orang orang dewasa untuk tidak mengambil lebih dari 400 miligram kafein sehari iaitu bersamaan empat atau lima cawan kopi. Pihak berkuasa juga meminta supaya ibu bapa ambil tahu tentang risiko dan mengawal pengambilan kafein anak-anak mereka.-CARI
|
12
Bagus |
20
Marah |
19
Terkejut |
8
Sedih |
9
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Menurut laporan NBC News, dua jam sebelum pengsan Cripe telah meminum kopi, sebotol besar air Mountain Dew dan minuman tenaga.
ADVERTISEMENT