CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bukan Sambal Tempoyak Biasa, 'Sambal Tempoyak Goreng' Ini Buat Kita Terliur!

17-5-2017 03:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16440| Komen: 38|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Sejak kebelakangan ini, ke mana sahaja kita pergi pasti akan kelihatan gerai menjual durian. Memang tak putus-putus pelanggan mengunjunginya.
Sejak kebelakangan ini, ke mana sahaja kita pergi pasti akan kelihatan gerai menjual durian. Memang tak putus-putus pelanggan mengunjunginya.


Foto: Carian Internet

Dalam pada itu, sambal tempoyak menjadi antara sambal yang paling digemari ramai selain sambal belacan. Apabila digandingkan dengan nasi panas, memang 'kaw' rasanya! Tak perlu lauk 'hebat-hebat', makan dengan telur goreng pun sudah memadai.

Tapi, pernah tak anda rasa sambal tempoyak dari Sumatera Selatan? Kalau belum, anda harus cuba, kerana cara membuat dan rasanya tak sama dengan sambal tempoyak yang biasa kita makan hari-hari.


Resipi Tempoyak

Foto: Rezeki Timor 

Bahan-bahan:
Isi durian masak
Sedikit garam


Cara membuatnya:
1. Gaul rata isi durian dan garam
2. Masukkan isi durian ke dalam bekas bertutup
3. Peram lebih kurang seminggu atau sehingga menjadi tempoyak.

Nota: ATAU anda boleh beli tempoyak siap di mana-mana kedai berdekatan



Resipi Sambal Tempoyak Goreng

Foto: Fried Chillies

Bahan-bahan:
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
3 biji cili besar merah*
Sedikit cili api* (mengikut selera dan ketahanan pedas masing-masing)

Nota: Kisar bahan bertanda (*)

Tempoyak secukupnya
Gula
Garam
Perasa
Minyak masak


Cara membuatnya:
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau
2. Masukkan tempoyak, garam, gula dan perasa secukupnya
3. Tumis lebih kurang 2-3 minit atau hingga pecah minyak
4. Angkat. Siap disajikan!


Mungkin ada yang tak pernah melihat resipi sambal tempoyak goreng ini dan merasa agak pelik. Jika nak tahu sedap atau tidak, cubalah sendiri resipi ini! Memang terliur terutama bila makan dengan ulam. Gerenti terangkat! - CARI


Kredit resipi: Dream.co.id
13

Bagus
13

Marah
20

Terkejut
9

Sedih
10

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 17-5-2017 03:47 PM
biasa buat sambal ikan bilis tempoyak..
sambal tumis tempoyak kosong macam ni tak pernah cuba lagi..
Quote tokchik 17-5-2017 03:58 PM
tc biasa buat

memang sedap.

kalau rajin
masukn hirisan daun kunyit muda.sambalnya biar terlebih pedas
Quote tokchik 17-5-2017 03:59 PM
tc biasa buat

memang sedap.

kalau rajin
masukn hirisan daun kunyit muda.sambalnya biar terlebih pedas
Quote Ziemir 17-5-2017 04:02 PM
Sambal ni sedap..mkn dengan nasi panas..ikan goreng pun cukup..
Quote hanisbunny 17-5-2017 04:02 PM
sllu makan yg sambal tempoyak dgn ikan bilis tu.. mmg sedap yg ni version more tu sambal jawa + tempoyak
Quote swimswim 17-5-2017 04:44 PM
Ya awlohhh sedapnya sambal tempoyak
Quote cik-jaja 17-5-2017 05:54 PM
ya allah sedapnya..sambal tempoyak biasa tu pon dh sdp sgt dh tu
Quote Jorja 17-5-2017 07:22 PM
Mak kita orang swak mmg biasa buat tempoyak goreng ni..tapi tambah ikan bilis la.. mula2 tingal kt perak dulu tengok orang suka makan tempoyak peram tu rasa geli pula makan 'mentah' cam tu tapi lama2 jadi my fav pula..lagi prefer yg biasa tak paya nak goreng
Quote SheDeviL 17-5-2017 07:32 PM
Wowww..tempoyak goreng..campur ikan bilis potong bawang merah pastu goreng..makan dgn nasik panas..
Quote spenderterselit 17-5-2017 09:12 PM
Sedapnya nanti nak try buat
Quote BedahBedul 17-5-2017 11:28 PM
Malam2 terliur tempoyak
Quote DeeHanania 18-5-2017 07:23 AM
Favorite kita... Yumyum
Quote pearl.silver 18-5-2017 03:26 PM
Dulu kawan orang sarawak dia buat tempoyak goreng ni..buh ikn bilis
Beberapa tahun lepas pun ada buat..untuk stok mkn masa miskin..
Quote febreze 18-5-2017 08:57 PM
pergh bulan posa ni mmg terliur
Quote aku.semut.merah 18-5-2017 10:47 PM
Mana nak cari tempoyak kat aussie skrg ni. Terliur plak aku.
Quote sabar_sabariah 19-5-2017 08:03 AM
aku tak boleh la makan sambal tempoyak ni
bukan mendiva..
tp kalau makan sambal tempoyak ni
nasi 3pinggan pun tak cukup

Quote MelZ_Eulalia 19-5-2017 11:37 AM
ni makan dgn nasi panas2 pun  cukup, tak payah lauk lain dah
Quote amyza82 19-5-2017 01:41 PM
Tapi durian mahal giler sekarang ni
Quote faztee 19-5-2017 02:52 PM
sdp sml tmpoyk mkn ngn ns pns..dh lme xmkn

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.065863 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top