Bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, pasti lebih meriah bila berbuka dengan ahli keluarga mahupun tersayang di Laman Kayangan, yang berlokasi di Shah Alam ini.
Memang menjadi tradisi di sini, menghidangkan pelbagai juadah lazat buat para pengunjung untuk menu berbuka puasa nanti. Citarasa dua sempadan. Wow, mendengarkannya sahaja membuatkan ramai tertanya-tanya tentang kehebatan menu yang ditawarkan di sini. Ya, jika anda menyukai menu yang berasal dari Utara Malaysia, di sinilah tempatnya. Bukan itu sahaja, sempadan yang dimaksudkan tidak lain, ialah negara Thailand. Bayangkan konsep hidangan yang menggabungkan masakan enak dari Utara Malaysia dan Thailand di bawah satu bumbung. Antara menu terbaik dari Utara yang anda tidak harus lepaskan, termasuklah laksa Kuala Pengelih, gulai lemak pisang, daging acar dengan cili hijau, ayam gulai darat dengan rebung, pelbagai jenis kerabu, sup tulang dan sebagainya. Manakala, menu Thailand yang menarik perhatian termasuklah tomyam putih, steambot, seafood masak pedas, nasi goreng nenas, ayam kari hijau, ikan daun selasih dan sebagainya. Terdapat juga gerai istimewa yang menyediakan menu hebat seperti murtabak, fusion pasta, ais krim, bubur nasi, kuih mui, buah campur dan juga 10 balang air pelbagai perisa. Aum! Harganya? Dijamin antara termurah di Lembah Klang, iaitu RM59 untuk dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak atau warga emas. Namun, jika anda membelinya sebelum 25 Mei ini, anda layak mendapat harga early bird iaitu RM45 sahaja untuk dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak dan warga emas. Antara kelebihan lain, lokasi yang strategik di Seksyen 7 Shah Alam, banyak tempat parkir, ada kemudahan surau dan suasana eksklusif dalam marquee tent. Laman Web : www.lamankayangan.com facebook : www.facebook.com/lamankayanganshahalam instagram : www.instagram.com/lamankayanganshahalam |
25
Bagus |
23
Marah |
37
Terkejut |
25
Sedih |
26
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CARI-MAMS replied at 15-5-2017 06:49 PM
Bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, pasti lebih meriah bila berbuka dengan ahli keluarg ...
swayne replied at 15-5-2017 07:28 PM
Tahun sebelum ni kontraktor belanja hampir setiap hari. Termasuk lain lain subcon. Tahun ni kerja de ...
beautifulliar replied at 15-5-2017 08:46 PM
Aduh..bulan pose bazar kt shah alam paling aku suka.mcm2 ada.tp penat bjalan nk habiskn satu bazar.b ...
swayne replied at 16-5-2017 04:13 AM
Bazar kat stadium Shah Alam tu memang best kan. Macam macam ada. I suka uncle yang jual itik tu. T ...
beautifulliar replied at 16-5-2017 06:41 AM
Aah kt stadium..tp hari2 jem mmg buat mcabar kesabaran
Tp penah lalu kul1 kt stdium tu n ...
swayne replied at 16-5-2017 06:48 AM
Awalnya pukul 1. Supply lunch kat bangla kot. Situ kan dekat dengan construction site. Huhu.
Me ...
ADVERTISEMENT