CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Gabungan Burger Dan Indomie Buat Rakyat Malaysia Menjerit Mahukannya

11-5-2017 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8001| Komen: 47|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: "Bos, Indomie satu!" Tipulah kalau pergi kedai mamak tak pernah minta menu ini kan?
"Bos, Indomie satu!" Tipulah kalau pergi kedai mamak tak pernah minta menu ini kan?

Selain burger, mi segera Indomie memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia kerana ia adalah salah satu hidangan yang senang dimakan dan ringkas untuk disediakan.


Bayangkan kalau sedang kelaparan, bau dan rasanya yang menggoda memang buat selera makan kita terangkat habis!

Khas buat peminat tegar mi segera Indomie, anda pasti melompat kegembiraan bila ada kedai yang menawarkan menu hasil kombinasi antara Indomie, burger dan ayam goreng.

Foto: IG Guiltysydney
Hidangan yang dipanggil sebagai Chicken Sandwich No.3 ini ditawarkan oleh sebuah kedai yang terletak di Sydney, Australia.


Burger ini dihasilkan dari ayam yang diperap menggunakan sos pedas dan kicap semalaman untuk mendapatkan rasa yang istimewa dan luar biasa. 

Mi Indomie pula akan dihancurkan dan digaul bersama perisa di dalam paketnya, sebelum disalut pula pada ayam yang diperap tadi.

Selepas digoreng sehingga kuning keemasan, ayam akan diapit dengan roti burger dan diletakkan bersama jeruk lobak, kubis cina, bawang goreng, mayonis, kicap manis dan sos cili.

Foto: IG Guiltysydney
Dengar sahaja boleh buat air liuh meleleh kan? Bagi anda yang ingin mencuba sendiri rasa makanan lazat ini bolehlah berkunjung ke Guilty.

Alamat: 248 Palmer St, Darlinghurst NSW 2010, Australia
Instagram: Guiltysydney
Facebook: Guiltysydney

Foto: IG Guiltysydney
Jangan risau kalau tak berpeluang ke sana sebab boleh cuba sendiri resipi ini di rumah dengan mengikuti langkah yang dinyatakan di atas.

Mana tahu selepas ini anda akan menjadi orang pertama yang menjual menu seumpama ini di Malaysia kan? -CARI
28

Bagus
34

Marah
28

Terkejut
26

Sedih
41

Lawak
41

Bosan

Friends Rank (198 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 11-5-2017 12:23 PM
Macam tak berapa nak minat nak cuba je
Quote fox. 11-5-2017 12:29 PM
hell no. tak menarik selera akak pun
Quote B|NATANG 11-5-2017 12:37 PM
Indonmie.....khaaarrrkptuih
Quote myakayina 11-5-2017 12:40 PM
ya ampun..tak lalu nak mkn pun..baik mkn style biasa tuje..
Quote marla69 11-5-2017 12:45 PM
Huhuhu...pelik jer
Quote ms.mango 11-5-2017 01:23 PM
xde rasa nak try
Quote Felycya 11-5-2017 01:29 PM
Xsuka lh indomie aku lagi suka mie sedap kriiuukk kriiuuuukkk tu....
Quote buragazz 11-5-2017 01:51 PM
Kenapa aku tgk cam tak tergoda pun...
Quote lindarafee 11-5-2017 02:00 PM
x suke indomie. ada satu bau yg i x tahan
Quote obical 11-5-2017 02:51 PM
Tak menarik perhatian saya
Quote seri_mawr 11-5-2017 02:54 PM
rupe mee yg melekat pada daging burger tu tak nmpk menarik..
Quote rosasen 11-5-2017 03:08 PM
tajuk x bleh blah... x selera pon tgk...
Quote imredd 11-5-2017 03:25 PM
macam x heran pun....
Quote Eva_yy_Ellin 11-5-2017 03:30 PM
Macam pelik je sebut indomie.
Bukan biasanya kita akan order maggi goreng ke di mamak?
For sure kalau mi segera, orang lebih pilih maggi berbanding indomie.
Quote WhiskeyScotch 11-5-2017 03:53 PM
To be honest, I tak teringin sebab nampak messy dan tak sedap.
Quote skinsandstars 11-5-2017 03:54 PM
Tak nampak tasty pun.
Quote EJALTI 11-5-2017 04:05 PM
Tak hingin pun....
Quote ciwi1166 11-5-2017 05:41 PM
perghh dua2 makanan favorite ak; indomee and burger.
Quote rosedemon 11-5-2017 05:44 PM
apehal semua ckp x hinginlah xsedap lah. butaaa la korang ni. xda taste lgsg. sdapla weyhhh

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.201811 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top