Kisah taat setia seekor anjing di Jepun yang sanggup menemani di tepi kubur tuannya sehingga dirinya meninggal dunia, kisah benar yang cukup menyentuh hati ini bukan sahaja popular di seluruh dunia malah telah pun dijadikan filem beberapa tahun lalu.
Namun, kisah yang lebih kurang sama itu turut berlaku di negara kita tapi ia mengenai kesetiaan seekor kucing yang dikenali sebagai 'Abang'. Dikatakan, kucing kampung itu menghembus nafas terakhir selepas menanggung rindu terhadap tuannya yang meninggal dunia dua minggu sebelum itu. Memetik laporan Mstar, berita kematian 'Abang' dikongsi seorang pengguna akaun Facebook, Azreen MJ iaitu anak kepada tuan kucing tersebut yang dikenali sebagai Atok. Menurut Azreen, 'Abang' cukup terkesan dengan pemergian arwah bapanya yang amat rapat dengan kucing tersebut. Malah, katanya, 'Abang' turut berubah karakter daripada seekor kucing yang manja dan lincah menjadi tidak aktif sejak kematian bapanya.
Jelas Azreen, lebih menyentuh hati selepas hampir dua minggu diam, 'Abang' akhirnya mengiau setelah dia berkata mahu membawanya ke kubur Atok. "Dengan kuasa Allah 'Abang' pun bersuara meow dua kali. Air mata aku usah cakap, bercucuran jatuh," katanya. "'Abang' siap baring dan mencium puara sahabatnya. Lama juga dia melepaskan rindu. Nampak gembira dari air mukanya. Allahurobbi," katanya. Status Azreen itu yang dimuatnaik pada 11 Mei lalu mendapat perkongsian sebanyak 12,902 kali dengan 16,000 like.- CARI |
9
Bagus |
8
Marah |
10
Terkejut |
15
Sedih |
7
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT