CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sengketa Dengan Nora, Giliran Fasha Sandha Fail Saman Malu

15-5-2017 04:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 24863| Komen: 164|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Susulan perbalahan yang tercetus apabila Fasha Sandha memuat naik status berserta foto di Instagramnya, aktres itu akhirnya tampil memberikan kenyataan berhubung isu saman dikeluarkan Nora Danish pada ...
Susulan perbalahan yang tercetus apabila Fasha Sandha memuat naik status berserta foto di Instagramnya, aktres itu akhirnya tampil memberikan kenyataan berhubung isu saman dikeluarkan Nora Danish pada minggu lalu.




Memetik Astro Gempak, Fasha menerusi syarikat pengurusannya, Mind Order berkata tidak akan ada sebarang sidang media bagi menjelaskan isu terbabit.

"Saya faham pihak penganjur majlis fenomena Aidilfitri Glass Go Media telah memohon maaf pada saya, tetapi saya masih bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Glass Go Media dan mana-mana pihak ketiga kerana telah memalukan saya.

"Saya tidak pernah sama sekali menulis nama sesiapa di dalam laman instagram saya @fashasandha dan hanya berkongsi tentang perasaan saya tentang apa yang terjadi pada malam tersebut, jadi tidak ada bukti saya memperkatakan keburukan mana-mana pihak sepertimana yang didakwa.


"Laman insta saya adalah untuk pengikut saya dan saya ada hak untuk menulis apa yang saya mahukan dan mana-mana pihak ketiga tidak patut terasa jika pihak ketiga tersebut tidak melakukan perkara tersebut," katanya.


Foto: IG Fasha Sandha

Sehubungan itu, Fasha tekad mengeluarkan saman malu ekoran tindakan pihak tertentu yang menuduh dia memfitnah.

Mengimbau kembali isu tujuh tahun lalu, Fasha akui tidak gentar dengan sebarang amaran.

"Saya tidak gentar kerana ini bukanlah kali pertama pihak ketiga tersebut menghantar saman terhadap saya.

"Dia juga pernah menghantar saman melalui peguamnya kepada saya 7 tahun lalu tetapi tidak berjaya. Negara kita ada undang-undang.

"Selepas ini pihak ketiga itu boleh memberi sebarang penjelasan sambungan tentang perkara ini dan saya tidak akan memberikan apa-apa lagi komen tentang perkara ini lagi dan akan menyerahkan sepenuhnya kepada peguam saya.

"Saya anggap tindakan pihak ketiga itu sebagai tindakan kurang matang.

"Untuk mengelak apa-apa kemusykilan, kenyataan akhbar ini tidak mengurangkan apa-apa hak saya di sisi undang-undang dan saya secara khusus merizabkan," katanya.


Foto: IG Nora Danish

Ingatkan pengalaman mematangkan mereka, tetapi nampaknya mereka masih gemar memberikan 'drama percuma' untuk tontonan umum. Apapun, semoga mereka dapat menyelesaikan persengketaan ini dengan baik. - CARI
20

Bagus
35

Marah
28

Terkejut
18

Sedih
25

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (151 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fynnkakiblock 15-5-2017 04:33 PM
utk portal keeee
Quote misslinkpk85 15-5-2017 04:45 PM
Saya anggap tindakan pihak ketiga itu sangat tidak matang. Wadefak
Quote bolamata 15-5-2017 04:50 PM
sengketa bermula hanya kerana seorang lelaki dan berlarutan sehingga kini...
Quote Skuau 15-5-2017 05:09 PM
Edited by Skuau at 15-5-2017 05:13 PM

Posa x lama lg..raya kang...bermaaf maafanlah depa tu.....
Quote iloveyou 15-5-2017 05:24 PM
xpe, teruskan saman menyaman, iols makan popcorn sajoo
Quote fatinz 15-5-2017 05:26 PM
Lain betul baju raya fs dgn nd..Classy vs cheap
Tu je nak komen
Quote Levespa 15-5-2017 05:32 PM
hidup ni bukan apa yg berlaku pada kita. tapi how we react towards it.. semua org ada masalah.. tapi cara kita handle masalah tu lah ujian untuk kita sebenarnya.. tak tau siapa benar siapa salah dlm hal ni.. tak selesai jugak kalau main perli2 mcm ni kat social media.. saman menyaman sampai bila pun tak tau lah..harap2 dua2 ni akan bertemu ketenangan satu hari nanti dan bermaafan seikhlasnya
Quote helicornia 15-5-2017 05:41 PM
cakap org tk matang yg dia merempan tk tentu hala tu matang ke
Quote cheergirlz 15-5-2017 05:43 PM
macam2 kata asterukkkk....
Quote prettyuglybabe 15-5-2017 05:57 PM
7 tahun lepas kabel belum besar ye..
sekarang ni menantu mafia tau..
Quote abangadek 15-5-2017 06:00 PM
me vote pasah.. u go gurl!!!
Quote abangadek 15-5-2017 06:01 PM
makin menjadi kan hang ni ND, mentang2 dh jadi bini samseng pondan
Quote BilaBellaPanaz 15-5-2017 06:01 PM
I paling nyampah dgn orang hypokrit and penampel and sandbaggers...so please sila saman si nowak tu
Quote damian_lee 15-5-2017 06:50 PM
helicornia replied at 15-5-2017 09:41 AM
cakap org tk matang yg dia merempan tk tentu hala tu matang ke

Setuju ....yang duk merempan tak tentu masa
Feeling wanita teraniaya namun super women gituu ....

Even though aku idoklah side mana2 pihak

Ibarat kes serina chef wan tu lah
Bapak sendiri merempan buka pekung

Xkiralah orang lain ke diri sendiri
Bila ko dah merempan
Sbnrnya secara xlangsung dah di anggap "buka grlanggang"
Quote BilaBellaPanaz 15-5-2017 06:53 PM
sikit sikit nak saman ND nih...ingat dah jadi menantu menteri yg tak relevant tu ko teror? mak mertua both selenge...

AKu doa Fasha kawin dgn SUltan so ND n noned kene sambah fasha HAHAHAHAHAH
Quote mrsLucky 15-5-2017 07:30 PM
Maaf yah..umur derang ni sebaya ker apa? I tengok pic ND waktu press conference tu tak comel cam ber pic in her IG..she look  older..Fasha some of her pics even kat IG nampak haggard..bukan derang tak cantik...but nampak berusia dah..

Apapon Fasha ni berani yah..tak gentar pon kena saman..kalau she kalah pon, i am sure she mampu bayar kan..
Quote merrissa 15-5-2017 08:26 PM
bagus la gado.......gado org kaya main duit....gado org sedrhana...main VLC...wakakakkaka
Quote bieya1 15-5-2017 08:30 PM
mrsLucky replied at 15-5-2017 07:30 PM
Maaf yah..umur derang ni sebaya ker apa? I tengok pic ND waktu press conference tu tak comel cam ber ...


Nora tua dr Fasha ..Fasha 33 Nora 35
Quote SheDeviL 15-5-2017 08:31 PM
Enjoy the show
Popcorn mana popcorn!

Lihat semua komen(164)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.072861 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top