CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perut Terburai Digilis Treler Ketika Tukar Tayar

10-5-2017 03:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8538| Komen: 64

Sungguh memilukan apabila seorang pekerja syarikat minyak dan gas di Kemaman maut selepas digilis sebuah treler di Kilometer 360.5 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), di Bukit Besi, hari ini (Rabu).



BH Online

Dalam kejadian itu, mangsa dipercayai sedang menukar tayar depan kereta Produa Myvi dipandunya sebelum dirempuh dan digilis sebuah treler.

BH Online melaporkan, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, Mohd Zalaini Mohd Shafee, 31, meninggal dunia di lokasi kejadian kerana kepalanya pecah dan perutnya terburai.

Mangsa yang sebelum itu bersama tiga lagi rakan, Firdaus Asmadi, 23, Ahmad Ihsan Asyraf Yusof, 19, dan Mohamad Abdul Azhim Suhairi, 18, dalam perjalanan dari Kuala Terengganu untuk pulang ke Kemaman, memberhentikan kereta di bahu jalan akibat kerosakan tayar.


Ketika sedang menukar tayar, sebuah treler tiba-tiba merempuh kereta mangsa dari arah belakang sebelum menggilis lelaki terbabit.

Selain mangsa, Ahmad Ihsan turut parah sementara Firdaus mengalami patah jari manakala Abdul Azhim cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata pihaknya sedang mengenal pasti punca sebenar kejadian. 

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hopsital Dungun dan kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - CARI
18

Bagus
23

Marah
16

Terkejut
22

Sedih
16

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FanTasyCreaTioN 10-5-2017 04:11 PM
InnaLillahiwainnailaihiraji'un ..

tak perlu lah nak tulis pasal perut tu ..



Quote ronapink 10-5-2017 04:22 PM
alfatihah , siannya
Quote idakamaruddin 10-5-2017 04:35 PM
al fatihah

ya Allah sian nye la

treler tu mgkn ngantuk ke apa x sedar terbabas ketepi
Quote white_musk 10-5-2017 04:37 PM
Rest in peace dik...
Quote leher 10-5-2017 04:37 PM
FanTasyCreaTioN replied at 10-5-2017 04:11 PM
InnaLillahiwainnailaihiraji'un ..

tak perlu lah nak tulis pasal perut tu ..

tak puas hati kalu, bukak thread sendiri buat tajuk sendiri
kbye






Quote ajinomotonosuga 10-5-2017 04:38 PM
Tak cite langsung pasal treler
Quote asyriqa 10-5-2017 04:39 PM
Ya Allah kesiannya..treler kt hiway mana reti perlahan nak2 taim tgh mlm/awal pagi..mmg laju giler2
Quote WhiskeyScotch 10-5-2017 04:39 PM
Innalillah. Takziah buat keluarga arwah. Al-fatihah.
Quote cupu 10-5-2017 04:49 PM
treller blagak la kat lpt..jln xsibuk sgt..lgkan highway sibuk pun dia laju...sian arwah..kwn2 mest trauma.
Quote Super-M 10-5-2017 04:50 PM
ajal tu mmg lah ajal.. tp bila dekat highway nak tukar tayar ke apa, walau kau boleh kendalikan sendiri, adalah lebih baik call pihak lebuhraya,biasanya dia akan dtg, letak kon,atau pun kawal keadaan.  pernah alami masalah tayar di highway plus, SDE e22 mng akan call dahulu pihak highway, lebih selamat bila nak tukar tayar. lepas siap hulur lah sikit tips tanda terima kasih.
Quote swayne 10-5-2017 04:52 PM
Innalillah. Takziah dik.
Quote leher 10-5-2017 04:55 PM
Super-M replied at 10-5-2017 04:50 PM
ajal tu mmg lah ajal.. tp bila dekat highway nak tukar tayar ke apa, walau kau boleh kendalikan send ...

Lu pikir malaikat maut takut sama petugas highway??

Bahahaha

Quote ihy 10-5-2017 06:38 PM
Al fatihah
Quote emelia1509 10-5-2017 06:41 PM
innalillah..

tragis..trauma kawan2 arwah yang ada skali tu..
Quote dubuk 10-5-2017 06:57 PM
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote fuyupoktek 10-5-2017 07:04 PM
Ya Allah...
Quote Decaffeinated 10-5-2017 07:08 PM
jangan sesekali ingat bahu jalan tu selamat....

ada sedara aku parking atas rumput yakni tepi dari bahu jalan pun kena langgar dengan awek kepam...

ramai sangat driver gila kat malaya ni.....

Quote miss_petunia 10-5-2017 07:24 PM
Kesiannya....takziah
Quote syadq 10-5-2017 07:25 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun. Memang bahaya berhenti tepi highway.

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.068854 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top