CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aeril Zafrel Belajar Tarian Bollywood Untuk Promosi Koleksi Baju Raya

11-5-2017 09:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12650| Komen: 53|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Tidak asing lagi bagi artis bekerjasama dengan pengusaha baju raya dan mengeluarkan baju raya di bawah jenama mereka sendiri serta melakukan macam-macam promosi bagi memastikan orang ramai tertarik un ...
Tidak asing lagi bagi artis bekerjasama dengan pengusaha baju raya dan mengeluarkan baju raya di bawah jenama mereka sendiri serta melakukan macam-macam promosi bagi memastikan orang ramai tertarik untuk membeli koleksi pakaian mereka.


Begitu juga dengan pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang sanggup terbang ke Kashmir, India untuk merakamkan video promosi jenama mereka yang dihasilkan mengikut tema Bollywood.


Foto: IG Aeril Zafrel

Apa yang menarik, Aeril sanggup belajar tarian Bollywood daripada isterinya sendiri.

"Kami memilih tema Bollywood kerana Wawa memang gemar filem Hindustan dan dia ingat semua tarian yang langsung saya tidak tahu.


"Saya pula tidak pandai menari tetapi bagi menjayakan rakaman itu Wawa mengajar saya hanya dalam masa singkat.

"Alhamdulillah walaupun sedikit kekok tetapi saya berjaya juga laksanakannya," katanya kepada mStar Online.



Foto: mStar Online

Bercerita mengenai kunjungan mereka ke Kashmir, penduduk yang ramah membantu mereka mendapatkan 16 kanak-kanak di kawasan itu untuk terbabit dalam penggambaran klip video selain memeriahkan lagi konsep ditampilkan.

"Sebagai penghargaan kami hadiahkan baju yang dipakai selain membayar mereka kerana sudi membantu kami," katanya.


Foto: IG Wawa Zainal

Untuk pengetahuan, koleksi terbaru kolaborasi Wawa dan ShawlPublika itu menggunakan material kain sari yang jarang-jarang diketengahkan.

Wah, menarik tu menggunakan material kain sari untuk menghasilkan baju raya. Pasti orang ramai dah mula mencari baju raya untuk sambutan Aidilfi yang bakal menjelang tak lama lagi. - CARI
11

Bagus
23

Marah
18

Terkejut
31

Sedih
33

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (134 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mawarmatahari 11-5-2017 09:53 AM
citarasa memasing.. i reserve my next comment lagi nanti..
Quote che-cikL 11-5-2017 10:03 AM
Baju gaya Melayu yg ada tak cukup ya? Mesti nak kena beraya gaya Bollywood pulak...
Quote marla69 11-5-2017 10:05 AM
Gigih retis nak cari extra income for raya
Quote aladin 11-5-2017 10:13 AM
dah dia retiss, suka dia ler.

lawa yek si wawa ni biler nampak lesung pipit.
Quote mintu 11-5-2017 10:19 AM
Aeril patut amek harris baba je jadi duta produk dia..muka dia da bollywood, xyabd bollywood da..huhu
Quote siputsedut 11-5-2017 10:39 AM
Cantik view kashmir tu...kain saree x panas ke buat baju bertutup litup..raya tahun ni tah2 tgh kemarau...mau basah ketiak...
Quote saladin780 11-5-2017 10:46 AM
aeril pun dah cam kling dah nampak  

Quote tengku_anggun00 11-5-2017 10:54 AM
dh tgk video tuuu...so sweetttt...
Quote chinta89 11-5-2017 10:54 AM
iols suke tgk vid2 deols dlm IG.. mmg sweet habis.
Quote skinsandstars 11-5-2017 11:18 AM
zzzzzzzzzzzz.
Quote ItisDD 11-5-2017 11:20 AM
Baguslah dik berbisnes.... kdg2 nak hrpkan job blakun skrg pun susah...
Quote zuri154 11-5-2017 11:24 AM
aeril ni pandai jaga penampilan demi mengekalkan populariti dlm industri... compare dgn shah jazel.... mcm langit dgn bumi. azwan kombos pun sejak kawen pun selekeh jer penampilan; tgk je la dlm mokcun 3 tu.
Quote kiah_karok 11-5-2017 11:40 AM
Dia wat video apa pun.meols xpernah hadap nk tgok..ermmm
Quote liyamariska 11-5-2017 11:52 AM
dulu mamat ni sebelum kawen nampak jambu, skrg nampak macho sket....
Quote Miamorrr 11-5-2017 11:59 AM
siputsedut replied at 11-5-2017 10:39 AM
Cantik view kashmir tu...kain saree x panas ke buat baju bertutup litup..raya tahun ni tah2 tgh kema ...

tak kemarau pun berpeluh ketiak time raya kak..hehe. agaknya ini untuk gi beraya tempat ada aircond kot, open house ke kan.
Quote Miamorrr 11-5-2017 12:02 PM
zuri154 replied at 11-5-2017 11:24 AM
aeril ni pandai jaga penampilan demi mengekalkan populariti dlm industri... compare dgn shah jazel.. ...

tapi aku personally suka lakonan shah jazle eh cemana tah ngeja namanya. kadangkala terganggu juga dgn kegemukan dia tu tapi ok jugak sebab nampak real sikit, asyik2 lelaki kurus/sado je jadi hero. eh tetiba rasa macam karat dia lak
Quote siputsedut 11-5-2017 12:02 PM
Miamorrr replied at 11-5-2017 11:59 AM
tak kemarau pun berpeluh ketiak time raya kak..hehe. agaknya ini untuk gi beraya tempat ada aircon ...

Baik pakai baju cotton mek krmbang jah kalau dok rumah kg uols...selesa sket nk membasuh pinggan
Quote Miamorrr 11-5-2017 12:04 PM
ala2 wolverine dgn jambang tu. tiap kali tengok gambor dia dgn jambang tu iols imagine dia macam ular if dia pakai contact lens kaler oren..haha
Quote chikumanis 11-5-2017 12:08 PM
bertahun dah aku beli sari dekat kamdar buat baju kurung. takdelah panas atau basah tiak pun..ok je kainnya...cuma kena cari tailor yang pandai jahit la sebab kain sari ni licin..

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.206616 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top