CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dari Gelandangan, Ben Nathan Kembali Ke Pentas Nyanyian

10-5-2017 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7855| Komen: 36|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Selepas lama hidup sebagai gelandangan, penyanyi Ben Nathan akan membuat persembahan pada Konsert Kasih dan Harapan Ben Nathan yang akan berlangsung di Saloma Bistro, Jalan Ampang, pada 21 Mei ini.
Selepas lama hidup sebagai gelandangan, penyanyi Ben Nathan akan membuat persembahan pada Konsert Kasih dan Harapan Ben Nathan yang akan berlangsung di Saloma Bistro, Jalan Ampang, pada 21 Mei ini.



Foto: Harian Metro

Memetik Harian Metro, Ben yang dilihat semakin pulih yakin dapat memberikan persembahan terbaik selepas bertahun-tahun hidup sebagai gelandangan.

“Keadaan saya beransur baik cuma batuk-batuk saja. Sememangnya saya rindu untuk kembali membuat persembahan.

“Walaupun masih dalam proses rawatan, ia tidak menjadi penghalang untuk saya tampil dalam konsert itu,” katanya.

Ben yang sebelum ini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kini ditempatkan di sebuah rumah kebajikan di Petaling Jaya.


Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) bekerjasama dengan Jojo Events menganjurkan konsert itu bagi membantu penyanyi popular era 1980-an itu. Dalam masa sama, konsert itu merupakan proses bantuan fasa kedua kepada Ben atau nama Islamnya, Ben Adam Abdullah.

"Fasa pertama sudah berlangsung dengan jayanya apabila pihak YA1M membantunya mendapatkan rawatan dan tempat tinggal.

"Dalam konsert itu, Ben akan mempersembahkan empat lagu popularnya antaranya Stanza Sepi Sekeping Hati dan Ilusi Satu Pernantian.

"Pihak kami akan membuka tabung khas untuk Ben dan dana yang berjaya dikutip itu (hasil jualan tiket konsert) akan digunakan untuk perubatan, kebajikan dan keperluan Ben," kata Presiden YA1M, Datuk DJ Dave.

Apakah Ben Nathan mampu mengembalikan zaman kegemilangannya? Sama-sama kita tunggu persembahannya nanti. - CARI
12

Bagus
11

Marah
5

Terkejut
8

Sedih
8

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idril 10-5-2017 03:23 PM
boleh nyanyi lagi ke dia ni chuolssss
Quote whadda 10-5-2017 04:01 PM
Harap2 ramai la yg pegi tengok..
Quote fefeeling 10-5-2017 04:05 PM
Semoga ada sambutan ye all the best
Quote Buritan 10-5-2017 04:07 PM
All the best ben..
Quote sofiazara 10-5-2017 04:07 PM
all the best
jgn minum samsu
Quote buragazz 10-5-2017 04:09 PM
Skill dan Technic tu masih ada cuma takut kemampuan vokal dia la.. tapi klu dia practice betul2 boleh jer..
Quote iena_jr 10-5-2017 04:22 PM
Ada terdengar iklan lagu dia kat radio
Quote DeeHanania 10-5-2017 04:23 PM
All the best
Quote katibism 10-5-2017 04:25 PM
Mohon perform di Anugrah Siput 20 Mei nnt. Meols host. Elok la tu..test mrket sblm 21 mei

Tp kena bgtau producer @jefri90 dan juga penaung projek @sepitsiput
Quote dubuk 10-5-2017 06:58 PM
all the best
Quote che-cikL 10-5-2017 07:44 PM
All the best...

Uols yg takde kena mengena tak yah lah nak takut segala bagai pasal performance dia nanti... terima saja seadanya... ini showcase saja, bukannya pertandingan wakil Msia ke apa

Quote M.Rose 10-5-2017 07:46 PM
whadda replied at 10-5-2017 04:01 PM
Harap2 ramai la yg pegi tengok..

Betul2.. aku sokong.
Quote blue^panther 10-5-2017 08:14 PM
Good luck la uncle, all d best....
Quote Sonneblume 10-5-2017 10:27 PM
Good luck ye..
Quote husie91 11-5-2017 07:19 AM
Pernah dengar dia perform live kt tv. What can i say kesian dia jd gelandangan lama. Suara pon angak out n stamina mcm pancit sikit. The true is mmg kelaut dah. Tp sebab dia susah iols rasa kesiannya pakcik ni
Quote jannahsyazana 11-5-2017 08:33 AM
uncle nanti jgn break down yer.. uncle kena strong...
Quote myakayina 11-5-2017 08:35 AM
ala siannya..harap dpt sambutan la, acik2 porum 40's and above pegi la support..
Quote jipangtrs 11-5-2017 09:11 AM
all the best..
Quote jipangtrs 11-5-2017 09:11 AM
all the best..

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.080580 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top