CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Donald Trump Buat Hal Lagi, Kali Ini Pecat Pengarah FBI

10-5-2017 02:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4421| Komen: 31

Description: Donald Trump buat hal lagi! Kali ini Presiden Amerika Syarikat (AS) itu memecat pengarah FBI James Comey yang mengetuai siasatan ke atas dakwaan campur tangan Rusia untuk mempengaruhi keputusan piliha ...
Donald Trump buat hal lagi! Kali ini Presiden Amerika Syarikat (AS) itu memecat pengarah FBI James Comey yang mengetuai siasatan ke atas dakwaan campur tangan Rusia untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya presiden Amerika 2016.




Memetik Reuters, Trump mengambil keputusan drastik memecat Comey kerana menyiasat skandal e-mel pilihan raya membabitkan calon Demokrat, Hilary Clinton.

Trump dalam suratnya kepada Comey berkata bekas pengarah itu tidak lagi mampu memberi kepimpinan berkesan.

"Walaupun saya amat menghargai anda, namun saya bersetuju dengan penghakiman Jabatan Kehakiman bahawa anda tidak mampu memimpin biro dengan berkesan,"  katanya.


Foto: Reuters

Sgelintir ahli politik Demokrat menyifatkan tindakan Trump 'hampir sama' dengan tindakan kontroversi bekas presiden, Richard Nixon pada 1973 yang menyaksikan Nixon memecat pendakwa raya khas yang sedang menyiasat skandal Watergate ketika itu.

Rumah Putih bagaimanapun menafikan tindakan Trump itu bermotifkan politik.

Sementara itu, Ketua Demokrat Senator Chuck Schumer berkata Trump telah melakukan 'kesilapan besar' apabila  memecat Comey.

Manakala, Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Senat dari Parti Republikan, Senator Richard Burr yang turut memantau siasatan ke atas campur tangan Rusia ketika kempen pilihan raya Trump juga 'tidak senang' dengan pemecatan Comey itu.

"Saya percaya pemecatan Comey.adalah satu kerugian besar kepada Biro dan negara," katanya.

Terdahulu, agensi-agensi risikan di AS melaporkan Presiden Rusia, Vladimir Putin memerintahkan untuk mengganggu proses pilihan raya 2016 dengan tujuan membantu Trump.

Rusia bagaimanapun menafikan sebarang penglibatan Moscow dalam pilihan raya tersebut. - CARI
24

Bagus
32

Marah
17

Terkejut
21

Sedih
18

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (124 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mawarmatahari 10-5-2017 02:18 PM
Huhuhuhuhu....reserve comment
Quote hanakikan 10-5-2017 08:08 PM
harap trump tak jadi macam john F Kennedy.
Quote kiambang 10-5-2017 08:10 PM
Pecat jangan tak pecat ... semua orang kau tak percaya... abis ingat rakyat nak percaya kat kau ke ?
Quote kingnqueen 10-5-2017 08:34 PM
Baik pecah
Quote emelia1509 10-5-2017 08:36 PM
good job trump
Quote tanakkampung1x 10-5-2017 08:38 PM
Makin menjadi-jadi si Trump ni

Bila si Sally Yates tidak menjalankan perintah 'ban Muslim' dipecatnya beliau sedangkan arahan ban muslim tu sah-sah melanggar perlembagaan USA.

Bila si Comey ni cuba menyiasat hubungan Trump dengan Rusia, dipecatnya juga

Quote mjla 10-5-2017 08:38 PM
Suka la putin
Quote tanakkampung1x 10-5-2017 08:40 PM
https://www.axios.com/trump-fires-comey-2400433339.html

President Trump fired FBI Director James Comey on Tuesday, saying he'd lost confidence in his ability to manage the bureau. This capped a difficult year for Comey, whose handling of the Hillary Clinton email investigation drew scrutiny from both sides of the aisle.

Shortly after the news broke, CNN reported that it learned of[b] federal subpoenas seeking business records related to Michael Flynn in the hours before Comey's firing, in an apparent expansion of the FBI's investigation into ties between Trump associates and Russia.

White House officials are denying that Comey's firing had anything to do with the probe — deputy press secretary Sarah Huckabee Sanders has said it's time to move on from the Russia investigation entirely. Meanwhile, Trump has gone after Chuck Schumer. He will meet Wednesday in the Oval Office with Russian Foreign Minister Sergey Lavrov.
Quote Knowlee 10-5-2017 09:58 PM
Trump... Trump...
Quote grouper 10-5-2017 10:04 PM
Walau teruk mana pun trump...masih ada ivanka n tiffany
Quote bangcak 10-5-2017 10:56 PM
ini macam kompom pengarah pilihanraya takut nak bagi bos kalah.
takut bos baru naik pecat "bekas2" bos lama
Quote Piper3 11-5-2017 01:23 AM
suka hati kau je nak pecat orang bila dah berkuasa.

tunggu la bila kau dah tak ada kuasa nanti.
Quote KucingKedai 11-5-2017 09:20 AM
hish buat hal lagi pakcik ni. tak takut kena tembak ke..
Quote lindarafee 11-5-2017 10:50 AM
x de sapa nak pecat Trump
Quote marla69 11-5-2017 10:56 AM
Mana mana pon sama. Kalau rasa tergugat pecat lah kan..sini pon sama gak..ehh...
Quote AbukRokok 11-5-2017 11:08 AM
harap domestik us akn sibuk dan huru hara dgn infighting between faction so trmp xkuasa nk perang
Quote mommymonster82 11-5-2017 11:08 AM
Ala comey comey comey

Nama comey tapi ketua fbi tewww
Quote jigglybuffs 11-5-2017 11:43 AM
ada keseirasan najib, si donald  trump ........
Quote momomikomiki 11-5-2017 11:57 AM
menyampah dgn trump ni..tapi bini dgn anak dia lawo sejuk
sikit hati tgk

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.095498 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top