CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peserta Catur Berpakaian Seksi, Pengarah Kejohanan Dakwa Dirinya Difitnah

3-5-2017 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3150| Komen: 12

Susulan isu penarikan diri seorang peserta perempuan berkaitan dengan pakaian yang tidak 'senonoh', kelmarin Pengarah Kejohanan Catur Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan 2017 berkenaan tampil menjelaskan dirinya difitnah oleh pihak yang tertentu.


Memetik laporan The Star, ketika sidang media Sophian A.Yusof berkata, dia bukan sahaja tidak pernah terlibat dalam perbualan bersama peserta atau ibunya pada kejohanan tersebut, malah turut menafikan telah mengguna bahasa 'menggoda' bagi menyifatkan gaya pemakaian peserta perempuan itu.

Dia juga mendakwa telah menerima ugutan bunuh berikutan insiden tersebut.

"Saya telah difitnah. Saya tidak pernah terlibat dalam perbualan bersama peserta atau ibunya pada kejohanan tersebut dan saya tidak pernah jumpa perserta perempuan itu." jelasnya.

Tambah pengarah kejohanan itu, ketika kejadian itu, pegawai yang menguruskan perkara tersebut adalah ketua pengadil, dan dirinya hanya dimaklumkan berhubung perkara tersebut adalah pada 16 April yakni selepas tamat pertandingan. 


" Saya tidak tahu langsung macam mana gaya pemakaiannya pada hari pertandingan, sehinggalah ada pihak memuat naik gambar peserta perempuan itu di media sosial."

Jelasnya lagi, sebenarnya pengadil telah mengarahkan penolongnya memberi nasihat kepada peserta perempuan itu pada pusingan pertama, namun ianya diendah oleh ibu bapa dan peserta terbabit. 

Jadi ketika permulaan pusingan tersbut, pengadil telah memberi amaran keras kepada peserta itu. 

Disebabkan peserta berkenaan enggan menukar bajunya, pengadil pun memaklumkan kepada ketua pengadil, akan tetapi tegas pihak penganjur tidak memaksa peserta keluar dari pertandingan, tindakan keluar dari pertandingan adalah keputusan peribadi peserta terbabit.- CARI

sumber : internet

1

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
5

Sedih
7

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Penglipurtales 3-5-2017 12:06 PM
Nmpk tak kat situ sape slh..
Quote marumaru 3-5-2017 12:08 PM
Pertandingan chess dah tetapkan kena pakai seluar slack dengan blouse/ shirt kut...
Quote Victorioussss 3-5-2017 12:41 PM
Cakap macam ular. No wonder
Quote danangkusuma 3-5-2017 12:54 PM
kepalanya tak nampak tuh

Work Hard Dream Big


Quote Dovahkiin 3-5-2017 12:56 PM
Susah sgt ke nak ikut dress code? Lps tu pura2 jadi victim. Klu kokesen buat dress code pandai pulak terhegeh2 nak ikut.
Quote mdhelmi 3-5-2017 01:53 PM
benda cani pon nak masuk berita
Quote mdhelmi 3-5-2017 01:54 PM
benda cani pon nak masuk berita
Quote lostfaith 3-5-2017 02:08 PM
dress code...isunya dress code...tak ikut memanglah kenalah ...pastu sendiri sentap sendiri keluar dari pertandingan...play victim pulak....aduhai puak puak nih kata tak racist tapi selalu duk buat keluar isu racist....

ada sekali time anak aku gi anugerah cemerlang ada sorang budak nih datang tak pakai baju sekolah pakai baju t shirt n seluar nak naik jugak atas pentas terima anugerah padahal terang terang dlm surat kata kena pakai uniform sekolah....duk bising merayu rayu kat cikgu bertugas. Tak boleh tak bolehlah....sapa suruh tak alert n buat sesuka hati....
Quote aHoi83 3-5-2017 02:10 PM
Dh buat report polis kan. So polis cepatla tangkap org yg memula upload berita ni dkt socmed atas niat jahat.
Quote CrowneGlory 3-5-2017 05:25 PM
dah ko berdiri dek harusla bawah lutut... akak harap ko tak ddk mcm betina birah terkangkang sana sini sampai kene tegur...

as always play victim sgt spesis ni
Quote bit 3-5-2017 05:35 PM
Aku sedikit musykil, selalunya main chess duduk meja kat depan, opponent sah sah x nampak kaki, hang pakai skirt ka pakai seluar ka mmg x nampak. So siapa yg terkesima tengok budak 12 tahun pakai skirt ni?

Lain la Nicole David main skuasy...
Quote missinpiece 3-5-2017 06:17 PM
Putar belit mesti ada punya. Dah ada garis panduan utk pemakaian, ikut jela. Walau pahit nk terima redha jelah coz sendri langgar garis panduan

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.117424 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top