Umum tahu mengenai kisah pelayaran agung kapal mewah Titanic yang berakhir dengan begitu tragis meragut lebih 1500 nyawa penumpang selepas merempuh bongkah ais gergasi pada tahun 1912.
Selepas 105 tahun berlalu, sebuah bongkah ais gergasi ditemukan di sebuah perkampungan nelayan di Newfoundland, Kanada. Lebih mengejutkan, bongkah ais itu lebih besar dari bongkah ais yang mengaramkan Titanic, sekali gus menjadikan ia pusat tarikan pelancong sepanjang minggu perayaan Easter. Memetik portal Telegraph, penduduk kampung memberitahu CBC News, kawasan itu dibanjiri orang ramai yang teruja merakamkan gambar bongkah ais gergasi selepas peristiwa tragis Titanis. Bongkah ais yang tersadai berhampiran pekan kecil Ferryland itu dianggarkan setinggi 46 meter (150 kaki) pada titik tertinggi. Datuk bandar Adrian Kavanagh berkata kepada Canadian Press bahawa ia merupakan bongkah ais terbesar yang pernah dilihat sekitar kawasan itu. "Ia merupakan bongkah ais gergasi yang sangat besar dan kedudukannya yang dekat itu membolehkan pengunjung mengambil gambar dengan baik," katanya. Setiap tahun, sebilangan besar bongkah ais itu hanyut dari Artik melalui kawasan berkenaan yang dikenali sebagai "Iceberg Alley". Bagaimanapun, ia biasanya dilihat pada penghujung Mei atau Jun. Memang menjadi satu fenomena sampai pelancong sanggup datang ke situ semata-mata mahu bergambar dengan bongkah ais. Siapa rasa macam nak tengok balik filem Titanic? - CARI |
23
Bagus |
27
Marah |
26
Terkejut |
28
Sedih |
27
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT