Proses melahirkan anak sememangnya merupakan pengalaman yang memberi kesan mendalam buat seseorang ibu setelah sembilan bulan mengandung anak.
Namun demikian, memetik laporan Sinar Harian, Nurul Farahana Shaari berkata dirinya langsung tidak menyangka berpeluang melahirkan anak kedua di dalam kereta ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Menurutnya yang kini ditempatkan di Hospital Gua Musang (HGM), pengalaman di luar jangkaan itu menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan buat selama-lamanya. "Mengikut kiraan, saya dijangka bersalin pada 10 Mei ini. Jadi, saya memilih untuk pulang pada 30 April lalu bersama adik ipar kerana suami, Saharudin Abd Manaf, yang juga anggota bomba di Perak, terpaksa bertugas pada waktu itu." Sementara itu, Farahana tidak lupa mengucapakan terima kasih kepada sekumpulan peserta konvoi motosikal berkuasa tinggi yang juga berbangsa Cina menghulurkan pertolongan dan seorang wanita Cina yang berkereta turut membantu memotong tali pusat bayinya.
"Semasa proses kelahiran, adik ipar saya yang menyambut anak. Selepas itu, wanita Cina itu membantu memotong tali pusat dengan pisau kerana tiada sebarang kelengkapan lain. Ada yang menghubungi ambulans dan mengawal lalu lintas." "Apabila proses kelahiran selesai, adik ipar kembali memandu dan membawa saya ke hospital dengan iringan pasukan konvoi tersebut." "Alhamdulillah, walaupun bersalin di jalanan, saya dan bayi dengan berat 3.3kg semuanya selamat." Kata Farahana lagi, pengalaman ini membuatkan dia akan lebih berhati-hati di masa akan datang dan mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.- CARI |
15
Bagus |
16
Marah |
21
Terkejut |
20
Sedih |
13
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chinta89 replied at 2-5-2017 04:12 PM
nasib baik selamat, kalau jd ape2 nyesal x bkesudahan.. better lbh bhati2 lps ni.
EJALTI replied at 2-5-2017 10:20 PM
Alhamdulillah selamat...
Terima kasih kepada mereka yg membantu...
angin_air replied at 2-5-2017 03:29 PM
Malon jongos sampah sial lahanat bangsat keparat ummah gagal total keturunan babu pelacur Britis ...
ADVERTISEMENT