CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pizza 'Ekspres'! Tak Perlu Diuli, Tapi Masih Sedap Hingga Menjilat Jari

2-5-2017 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11221| Komen: 49|Original author: Oleh: Maly Rosli

Teringin makan pizza, tetapi malas nak keluar. Restoran terdekat pula tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran. Ala, lecehlah kalau nak buat sendiri pizza. Nak kena uli doh tu paling malas. 



Foto: Postcards Magazine

Jangan risau! Ada cara pintas dan pantas nak buat pizza sendiri tanpa perlu menguli dohnya.

Macam mana pula tu? Jom  tengok!


Bahan-bahan:


1. Roti Paratha segera
2. Sos Spageti
3. Sosej
4. Nenas
5. Bawang holland dipotong dadu
6. Keju Mozarella

Nota: Boleh tambah apa-apa bahan taburan/topping mengikut cita rasa anda.


Cara membuatnya:
1. Panaskan  oven pada suhu 170 darjah Celcius. Api atas bawah.
2. Sapukan sedikit minyak atau mentega/marjerin pada loyang untuk mengelak roti melekat ketika dibakar.

3. Susun roti paratha yang masih beku di atas loyang.
4. Sapu sos spageti pada roti, kemudian taburkan sedikit cheese bagi melekatkan topping dengan 'base' roti.

5. Susun sosej di atas lapizan mozarella. (Jika guna ayam atau daging, sebaiknya masak dahulu hingga separa masak)
6. Taburkan bawang holland dan potongan nanas. (Ikut cita rasa, nak letak cendawan butang dan cili benggala pun boleh)

7. Tabur lagi cheese Mozarella sehingga menutupi topping. (Boleh tambar cheddar untuk rasa lebih enak)
8. Bakar pizza selama 20 minit. (Suhu bergantung pada saiz oven). 

Foto: FB Rafiza Idayu

Siap dihidang dan dinikmati bersama tersayang! Memang mengangkat selera terutama ketika 'aktiviti menarik pizza'. Bukan sahaja menjimatkan dari segi masa, tenaga dan kos, malah rasanya juga tak kurang hebat dengan pizza diuli. Cubalah kalau tak percaya! - CARI


Kredit resipi: FB Rafiza Idayu
2

Bagus
2

Marah

Terkejut
7

Sedih

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • iraizz


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 2-5-2017 04:06 PM
Ada kedai pizza kat kg tu sedap sgt xpenah mengecewakan
Cheese dia warna putih dan xmasin. X kedekut cheese plak tu..rasanya double cheese dia dr pizza hut. Family suka sgt mkn piza kt situ..xgi dah piza hut ngn dominos
Quote armin 2-5-2017 04:07 PM
Paratha ni bukan macam pizza beef paratha kat hot & roll ke?
Quote helicornia 2-5-2017 04:23 PM
armin replied at 2-5-2017 04:07 PM
Paratha ni bukan macam pizza beef paratha kat hot & roll ke?

paratha ni roti canai..yg frozen tu roti canai segera.yg hot n roll tu maybe guna roti canai frozen ni la kot
Quote MissVixen 2-5-2017 04:32 PM
Buat je la dough sendiri. Bukan susah. Rasa asli lagi.
Quote armin 2-5-2017 05:05 PM
helicornia replied at 2-5-2017 04:23 PM
paratha ni roti canai..yg frozen tu roti canai segera.yg hot n roll tu maybe guna roti canai froze ...


Paratha dgn roti canai lain la.. tak sama. Roti canai frozen pun ada je jual kt giant tesco. Paratha pun ada. Kalau u tgk menu hot n roll dia tulis Paratha then u choose topping nak Pizza beef, Chicken n Cheese, Banana choc dan sbginya.
Quote helicornia 2-5-2017 06:00 PM
armin replied at 2-5-2017 05:05 PM
Paratha dgn roti canai lain la.. tak sama. Roti canai frozen pun ada je jual kt giant tesco. Par ...

sama la..malaysia n leluhur melayu panggil roti canai.india n spore panggil roti parata :zz
Quote siskepoh 2-5-2017 06:36 PM
sis ni stakat tgk resepi jela. blik beli jgk yg da siap. perangai malas tu xdibendung2
Quote abangadek 2-5-2017 06:54 PM
tetap malas
Quote kittypong31 2-5-2017 09:09 PM
Kebetulan ada paratha dlm fridge tapi tak tau nak buat apa.. Hmm kalau dtg mood rajin boleh lah guna
Quote Linda_Martopo 2-5-2017 10:51 PM
Boleh la try ... nk hbskn stock paratha biasa wat ala2 ciken pai or sardin roll nih blh try resepi nih
Quote Mary_jane 2-5-2017 11:22 PM
Buatkan.
Quote merrissa 2-5-2017 11:34 PM
diet....so x teringin...tp sedapnyaa
Quote Lagubestbest 3-5-2017 12:43 AM
Mcm lagi mahal je, order jelah.
Quote WhiskeyScotch 3-5-2017 02:43 AM
Okeyh tak susah. Senang je nak buat. Tapi kena tunggu time rajinlah baru boleh buat.
Quote syue86 3-5-2017 08:54 AM
armin replied at 2-5-2017 04:07 PM
Paratha ni bukan macam pizza beef paratha kat hot & roll ke?

betul la tu sama ngn hot n roll
peberet iols tu..hahahaha
omputeh pggil paratha
mlysia pggil roti canai
asalnye india tnh besar pggil roti cinnai
smpai tanah melayu jadi canai sbb dicanai2..gituuu sejarah
Quote cik-jaja 3-5-2017 09:29 AM
dapnye pizza..hot n roll pon lama xmkn dah...peberet tu
Quote Vignette 3-5-2017 11:56 AM
Paratha ka roti canai ka..kalau dilanda angin malas semua pun x jadi
Quote achiema 3-5-2017 12:11 PM
pizza hut  skrg pun dah murah ade promosi take away piza tu sangat berbaloi apabila kemalasan melanda.

dengan ada promosi harga rm 30 hengget akak dapat 2 big size punya pizza x payah penat2 nak menguli nak membakor bagai yang pasti sedap... cuma penat nak tunggu 20 minit je

bonus utk yg rumah dekat ngan pizza hut
Quote nisako 3-5-2017 05:04 PM
sedapnyeeeeeeeeeeeee

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.146307 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top