CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Tak Tahu Hamil, Lahirkan Anak Dalam Tandas

21-4-2015 03:02 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8965| Komen: 50

Wanita Tak Tahu Hamil, Lahirkan Anak Dalam Tandas                   
                                           
Nikki melahirkan bayi lelaki yang dinamakan James itu sendirian, di atas lantai bilik mandinya. - Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang wanita di Scotland terkejut besar apabila kesakitan yang dirasai ketika datang bulan, rupa-rupanya kesakitan akibat kontraksi untuk melahirkan anak.

Nikki Kelly, 24 tahun, langsung tidak mengetahui yang dia hamil, malah selama tempoh kehamilan, dia datang bulan seperti biasa.

Lebih menghairankan, Nikki masih mengambil ubat perancang kehamilan. Dia juga meneruskan kegiatan harian seperti biasa, malah wanita aktif ini juga tetap bersenam di gimnasium dua kali seminggu.

Mengimbas kembali situasi cemas kelahiran tidak dijangka itu, Nikki yang sedang datang bulan mengalami kesakitan yang amat sangat ketika di bilik mandi.

"Saya rasa amat sakit dan terasa ingin meneran. Saya tak dapat mengawalnya dan amat terkejut apabila melihat diri sendiri melahirkan seorang bayi," kata Nikki.

Nikki melahirkan bayi lelaki yang dinamakan James itu sendirian, di atas lantai bilik mandinya.

Gambar hiasan


Nikki menghubungi tunangnya, Aaron Swallow, yang ketika itu berada di tempat kerjanya sebanyak 76 kali, sebelum Aaron menghubunginya kembali setengah jam selepas James dilahirkan.

"Aaron mendengar bunyi bayi menangis dan bertanya tentangnya. Saya beritahu dia, itu tangisan anak awak," cerita Kelly.

Pasangan itu kemudiannya membawa James bertemu doktor dan bayi itu disahkan sihat. Melalui pemeriksaan doktor, Nikki dianggarkan melahirkan anaknya itu di antara minggu 32 dan 37 kehamilan.

http://www.astroawani.com/berita-dunia/wanita-tak-tahu-hamil-lahirkan-anak-dalam-tandas-58315

13

Bagus
17

Marah
12

Terkejut
9

Sedih
12

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CrowneGlory 21-4-2015 11:18 AM
Kalau baca dailymail tu memanjang kisah kokesen kepam ni x tau dorg mengandung... Tebal sgt lemak memasing
Quote ultra78 21-4-2015 11:19 AM
KUALA LUMPUR: Seorang wanita di Scotland terkejut besar apabila kesakitan yang dirasai ketika datang bulan, rupa-rupanya kesakitan akibat kontraksi untuk melahirkan anak.



Quote dinamokiev 21-4-2015 11:21 AM
ultra78 replied at 21-4-2015 11:19 AM
KUALA LUMPUR: Seorang wanita di Scotland terkejut besar apabila kesakitan yang dirasai ketika datang ...

Lahir dekat tandas scotland yang diperbuat daripada marmar di kuala lumpur.
Quote nordayu 21-4-2015 11:23 AM
period???

pregnant????

what?????

Quote tightcherry 21-4-2015 11:27 AM
Normal jah.. Kwn I pregnant 5 bln Baru tau.. Siap mkn perancang bagai..tau2 baby kicking ngeh3
Quote nononcrux 21-4-2015 11:39 AM
CrowneGlory replied at 21-4-2015 11:18 AM
Kalau baca dailymail tu memanjang kisah kokesen kepam ni x tau dorg mengandung... Tebal sgt lemak me ...

probnye. . dia melalui kitaran haid mcm biasa. . pelik nye kat situ
Quote nononcrux 21-4-2015 11:40 AM
tightcherry replied at 21-4-2015 11:27 AM
Normal jah.. Kwn I pregnant 5 bln Baru tau.. Siap mkn perancang bagai..tau2 baby kicking ngeh3

ade datang bulan mcm biasa tak ? . . normalnye org preggy ank 1st nh perut mmg tak napak boyot
Quote bangcak 21-4-2015 11:41 AM
dia ada dtg jumpa bomoh buat rawatan tak?
guna pakej mana yek?
Quote nebulagazer 21-4-2015 11:42 AM
Aku cume nmpk yg dia cal pakwe dia 76kali br pakwe dia cal blk tu pn stghjam lps tu
Quote ieja_p2_bumbum 21-4-2015 11:42 AM
untungnya dia
Quote dewi 21-4-2015 11:44 AM
dah period tiap bukan , aktif  siap gi gym tiap minggu, tak der sakit tak de tanda mengandung , makan pil perancang ect ,mmg tau mengandung langsung nih.

sib baik anak sihat  
Quote brown_pupil 21-4-2015 11:44 AM
ala2 kesah I don't know I was pregnant gitu..

bagi org yang dah beranak pinak mcm aku konsep ni mcm best jer.. tau2 je beranak.. no simptom, no morning sickness... syok oo.. xyah stress nak buat baby shower bagai..
Quote CrowneGlory 21-4-2015 11:46 AM
"Nikki masih mengambil ubat perancang kehamilan..."

brand apa la ubat tu...buat naya je siapa yg betul2 xmo anak... Hopefully x dera la budak tu ..dah mcm2 dia buat xmo mgandung sekali dpt jugak... Nanti keluar pulak berita abuse anak kasi mcm2 dadah suruh diam...xpun nak g berparty tinggalkan anak sendiri..
Quote tightcherry 21-4-2015 11:49 AM
nononcrux replied at 21-4-2015 11:40 AM
ade datang bulan mcm biasa tak ? . . normalnye org preggy ank 1st nh perut mmg tak napak boyot

Period sis... Katenyer
Quote tightcherry 21-4-2015 11:51 AM
Mg sonok la tatau preggie.. Tau2 dah beranak..takde la hadap morning sickness hazabedah tu
Quote shunnaray 21-4-2015 11:56 AM
mmg ada jer kes camni.. tgk dlm tv show i didn't know i was pregnant. mmg tak mustahil bleh dpt baby wpun dtg period...
Quote geenie 21-4-2015 11:57 AM
tightcherry replied at 21-4-2015 11:51 AM
Mg sonok la tatau preggie.. Tau2 dah beranak..takde la hadap morning sickness hazabedah tu

ade jer org yg tau dia preggy tp tak hadap morning sickness. ada kwn opis, preknen 4 kali. 1 baby tak survive. but all her 4 pregnancy tak ade pun morning sickness pelbagai. cuma bila petang dia penat jer.

Quote manehnya 21-4-2015 12:03 PM
mcm cerita kt asteruk


mmg hebat aa....
Quote chinta89 21-4-2015 12:07 PM
ultra78 replied at 21-4-2015 11:19 AM
KUALA LUMPUR: Seorang wanita di Scotland terkejut besar apabila kesakitan yang dirasai ketika datang ...

buntang kejap bijik mate. apekah?

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-12-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.099652 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top