CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Eskalator Mengganas Lagi, Kali Ini 'Makan' Tapak Tangan Budak Pula

2-5-2017 01:37 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4470| Komen: 23

Seorang budak lelaki dilaporkan cedera akibat terjatuh ke bawah tangga eskalator, sehingga tapak tangannya tersepit di celah eskalator.

Kemalangan tersebut berlaku di bandar Tongren, Guizhou pada Ahad lalu iaitu 30 April kira-kira waktu tengahari. 

Menerusi paparan kamera litar tertutup CCTV jelas menunjukkan sekumpulan kanak-kanak berusia antara 2 hingga 4 tahun berulang-alik turun naik tangga eskalator yang terletak di sebuah pusat beli belah. 

Pada ketika itu bukan sahaja tiada seorang pun yang tampil menasihati mereka, malah ibu bapa kanak-kanak tersebut pun tidak kelihatan bersama mereka. Sehinggalah apabila terjadi insiden ke atas seorang budak lelaki itu, barulah ibunya kelihatan segera berlari ke arah eskalator untuk menekan butang kecemasan. 

Difahamkan, setelah menerima panggilan, anggota bomba yang tiba ke lokasi kejadian segera bertindak memotong tangga eskalator bagi menyelamatkan kanak-kanak itu. Selepas berjaya dikeluarkan dari tangga eskalator, kanak-kanak itu segera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.- CARI





sumber dari sedutan video

15

Bagus
16

Marah
17

Terkejut
17

Sedih
7

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cheergirlz 2-5-2017 01:42 PM
kecuaian antara sikap yang tak dapat dielakkan..sering alpa dan leka...kanak2 mmg perlu dipantau klu bawa jalan keluar x kira laa dimana tempat pun...
Quote dinopower 2-5-2017 01:52 PM
cheergirlz replied at 2-5-2017 01:42 PM
kecuaian antara sikap yang tak dapat dielakkan..sering alpa dan leka...kanak2 mmg perlu dipantau klu ...

cctv ade tp pak guard mana... dah tgk bbdk tu dok main2 tu tak alert ke apa....

yg mak ayah mmg kena alert..... tp bbdk tahu jela within second bleh lesap  
Quote Buritan 2-5-2017 01:57 PM
CARI-LTS replied at 2-5-2017 01:37 PM
Seorang budak lelaki dilaporkan cedera akibat terjatuh ke bawah tangga eskalator, sehingga tapak tan ...

Budak skrg ni pun aktif ya amat..
Quote kaktom8 2-5-2017 02:15 PM
Buritan replied at 2-5-2017 01:57 PM
Budak skrg ni pun aktif ya amat..

silap kau dik. bebudak dulu lagi aktif. panjat pokok, main layang2, terjun sungai, kalau cuti sekolah dari pagi sampai petang macam2 adventure dorang buat. bebudak sekarang, main game ipad sampai tertidur.


Quote DayangKirana 2-5-2017 02:37 PM
adoi...seriau betul..
mujur tak korban nyawa.. ngeri pulak tgk bideo tuh..
Quote fox. 2-5-2017 02:58 PM
ngeri akak tengok video ni
Quote CrowneGlory 2-5-2017 03:06 PM
mak bapak mana tau pancut jah? jaga anak tak reti...
Quote airfilterkotor 2-5-2017 03:25 PM
First time aku tengok budak-budak main eskalator mall secara berjemaah.
Makpak pegi shopping ehh...
Quote chinta89 2-5-2017 03:55 PM
dh anak jd mangsa baru thegeh2 mak pak dtg nk selamatkan anak..
Quote merrissa 2-5-2017 07:32 PM
tula main2 lagi kt situ

sib bek akak tuh tolong stop kan benda tuh cepat2
Quote RatuDunia94 2-5-2017 08:05 PM
Iols rasa dh tiba masa pasang pagar kat lif. Hanya org dewasa je boleh buka..
Quote ninja boy 2-5-2017 08:13 PM
kalau macam ni budak yg dibawa shopping suh masuk kandang yg penuh mainan jah
Quote WhiskeyScotch 3-5-2017 12:59 AM
Nasib baik tiada kemalangan jiwa yang berlaku.
Quote nia999 5-5-2017 03:22 AM
Parents kene selalu alert lg2 klw ank jenis yg trlebih active..
Quote Wimamp05 6-5-2017 12:50 AM

Quote Wimamp05 6-5-2017 12:50 AM

Quote Wimamp05 6-5-2017 12:50 AM

Quote Wimamp05 6-5-2017 12:50 AM

Quote Wimamp05 6-5-2017 12:50 AM

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.178109 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top