Minggu lalu, seorang lelaki yang dikenali Liu berasal dari sebuah daerah di Guangzhou dikejarkan ke hospital akibat mengadu mengalami sakit perut yang kronik.
Doktor segera melakukan pembedahan, apabila mendapati perut mangsa yang berusia 49 tahun itu semakin membengkak dan kelihatan sangat tidak normal. Memetik laporan Shanghaiist, tanpa disangkakan, doktor terkejut besar menemui seekor belut gergasi yang berukuran 50 sentimeter panjang berenang-renang di dalam perutnya sehingga ususnya dipecahkan dan menyebabkan beberapa organ badan yang lainnya rosak. Liu berjaya diselamatkan dan keadaannya kini dilaporkan stabil hasil tindakan pantas doktor dan pasukan perubatan yang terbabit dalam pembedahannya. Menurut Liu, dia memaklumkan kepada doktor di mana dia pernah mendengar bahawa dalam perubatan tradisional, belut boleh digunakan untuk merawat masalah sembelit dan dia mengambil keputusan ‘gila’ berkenaan untuk mencubanya.
Liu kemudian memasukkan belut hidup melalui lubang duburnya dengan harapan masalah sembelitnya berakhir namun malangnya kaedah itu tidak menjadi apabila keadaan menjadi semakin teruk sehingga memaksa dikejarkan ke hospital. Sehubungan itu, pada Mei 2010, terdapat juga kes seumpama itu apabila seorang lelaki dari Sichuan meninggal dunia selepas rakannya memasukkan belut hidup ke dalam lubang duburnya sebagai gurauan sesama rakan.- CARI |
11
Bagus |
6
Marah |
6
Terkejut |
4
Sedih |
9
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT