CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Layan Dadah Lepas Pencen, Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan Ditahan Polis

21-4-2017 09:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5876| Komen: 29

Description: Seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan era 90-an ditahan pegawai dan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pahang dalam operasi di sebuah premis judi di Chendor, Kuantan.
Seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan era 90-an ditahan pegawai dan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pahang dalam operasi di sebuah premis judi di Chendor, Kuantan.


Pemain posisi pertahanan berusia 48 tahun itu didapati positif dadah syabu. 

Alasan yang diberi, “Selepas tamat karier bola sepak, kehidupan saya menjadi tertekan kerana tiada kerja dan pendapatan tetap, malah ramai rakan mengambil dadah ketika pulang ke kampung hingga menyebabkan saya turut terjebak dalam gejala itu.”

Memetik laporan Harian Metro, lelaki yang pernah menyarung jersi pasukan bola sepak Pahang itu mendakwa segalanya bermula apabila menamatkan kerjaya sebagai pemain profesional pada 1996.

Foto: Harian Metro
“Pada mulanya mereka ajak hisap ganja, lama-lama saya hisap syabu pula. Selepas bersara, hidup memang tertekan kerana tiada pendapatan dan gaji tetap menyebabkan saya ikut rakan untuk menghilangkan tekanan.

“Saya tahu ia salah dan memang ada niat untuk berhenti,” katanya.

Operasi dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu melakukan serbuan di beberapa kawasan seperti di Sungai Ular, Cherating, Chendor dan Beserah itu berjaya menahan seramai 30 penagih berusia 18 hingga 54 tahun. -CARI
20

Bagus
14

Marah
8

Terkejut
16

Sedih
8

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 21-4-2017 09:44 AM
Jeng3x..

Quote _ejat_ 21-4-2017 09:51 AM
siapakah ????
Quote aznizazzadele 21-4-2017 09:52 AM
pahang???

hairuddin omar
Quote cm_matjawasp 21-4-2017 09:53 AM
Tak da pendapatan?? Beli dadah boleh pulak
Quote wajevo 21-4-2017 10:16 AM
aznizazzadele replied at 21-4-2017 09:52 AM
pahang???

hairuddin omar

Hairudin omar @hi-o Terengganu. Dia usahawan berjaya.  
Quote haryatie 21-4-2017 10:17 AM
pulaakkk...
abis tu beli dadah pakai apa...
haiiishhh...
Quote myakayina 21-4-2017 10:22 AM
sekali terjebak dadah..musnah hidup..
Quote Tapayana 21-4-2017 10:39 AM
1996 ?? dah 21 tahun dah.

masalah player msia ni diorang dahla belajar tak tinggi pastu masing2 disogok dgn gaji mahal buat diorang lupa daratan. bila karier abes masing2 takde hala tuju.
Quote lasagnaklcc 21-4-2017 10:39 AM
Awal karier bola dia tamat... umur 20an. Nampak sgt tak perform. Lepas tu stress takde keje tetap tapi ada duit beli dadah. Nyampah plak baca.
Quote BebeQ 21-4-2017 10:41 AM

adoi la..

segalanya bermula apabila menamatkan kerjaya sebagai pemain profesional pada 1996

tahun 1996 dik dia habis main bola. Kamu dah lahir ke belum time tu?




Quote Mary_jane 21-4-2017 11:15 AM
Kalau dah ada geng memang payah lah nak berhenti.
Quote muraicomey 21-4-2017 11:21 AM
aznizazzadele replied at 21-4-2017 09:52 AM
pahang???

hairuddin omar

Bukan la dik..hairuddin sekarang ahli perniagaan yang berjaya ada kedai makan,ada hotel sendiri dan beliau juga presiden persatuan pemain kalau tak silap  
Quote vanillaninja 21-4-2017 11:37 AM
Tak reti2 ke cari kerja lain? Kalau tahun ni umur 48, so masa 1996 umur baru 27 kan? Dasar pemalas tak nak cari kerja. Nak beli dadah ada pulak duit.
Quote miemiecha 21-4-2017 12:00 PM
mek tggu keputusan ok... malas nk speku
Quote lolita737 21-4-2017 12:06 PM
nak hilangkan tekanan.. tapi tekanan juga nk cari duit beli dadah..
Quote cheergirlz 21-4-2017 01:11 PM
tue  smua alasan...klu dh mmg mls nk cr krja n bkrja gittew lah...
Quote ronapink 21-4-2017 01:21 PM
alasan tekanan,

memang bongok la..

xde keje, xde pendapatan, mana ko dapat duit beli dadah..

hukum bunuh jer
Quote mixed 21-4-2017 01:31 PM
ko tertekan pastu amik dadah pandai nya ko mayat hidup

Selepas bersara, hidup memang tertekan kerana tiada pendapatan dan gaji tetap menyebabkan saya ikut rakan untuk menghilangkan tekanan.
Quote surwanis 21-4-2017 02:02 PM
cmne polis tu kenal die tu pemain bola sepak
motip polis bgtau pemain bola sepak nagih ni nape
buat kita tertanya2 ke
bgtau jela

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-3-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.070566 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top