Baru saja berdepan kontroversi penumpang diheret keluar pesawat, syarikat penerbangan Amerika Syarikat, United Airlines sekali lagi menjadi perhatian media apabila seorang penumpang disengat seekor kala jengking ketika dalam penerbangan baru-baru ini.
Memetik laporan portal The Mirror, mangsa yang dikenali sebagai Richard Bell, disengat ketika sedang menikmati makan tengah hari semasa penerbangan dari Houston ke Calgary, Kanada apabila dia menyedari sesuatu ‘objek’ jatuh di atas kepalanya. “Saya mengambil objek tersebut dan tidak menyangka ia merupakan seekor kala jengking.Kebetulan saya memegang ekornya, jadi haiwan itu tidak dapat menyengat saya sepenuhnya,” kata Richard Bell. Seorang penumpang lain yang menyedari kejadian itu memberi amaran kepada Bell bahawa serangga yang dipegangnya adalah kala jengking dan mangsa terus melepaskan haiwan itu. Namun apabila dia cuba memegangnya semula, kala jengking terbabit terus menyengatnya.
Tetapi Bell berjaya menterbalikkan serangga tersebut sebelum seorang krew pesawat mencekup haiwan itu dengan cawan. Seorang pegawai perubatan yang ditugaskan dalam penerbangan itu kemudiannya merawat Bell sebelum mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut apabila tiba di destinasi. Pihak syarikat United masih menyiasat insiden itu dan kebingungan bagaimana kala jengking tersebut boleh berada di dalam pesawat berkenaan. Syarikat itu memberi baucer penerbangan kepada Bell dan isterinya sebagai pampasan. Insiden itu berlaku beberapa hari selepas dunia digemparkan dengan kejadian seorang penumpang dihalau daripada pesawat United gara-gara syarikat itu terlebih mengambil penumpang.- CARI |
6
Bagus |
18
Marah |
8
Terkejut |
9
Sedih |
11
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT