Kebiasaannya kalau kita nak makan kari yang betul-betul 'kaw', kita pasti akan bertandang ke kedai mamak, bukan? Mungkin ramai tak tahu, tetapi di Jepun, kari dilabel sebagai makanan kebangsaan mereka!
Sejak diperkenalkan pada era Meiji, kari semakin mendapat permintaan di kalangan peminatnya, malah sehingga hari ini pelbagai variasi resipi diolah berasaskan kari. Kari di Jepun biasanya dimakan bersama nasi atau udon (mi Jepun). Nasi Kari yang terkenal di negara itu merupakan hidangan nasi dihidangkan bersama kuah kari berserta campuran daging atau apa sahaja disukai mengikut cita rasa masing-masing. Musim panas sinonim dengan makanan panas dan pedas di negara matahari terbit itu. Malah, masyarakat Jepun percaya rempah-ratus mampu membuka selera yang hilang semasa cuaca panas 'membakar', sekali gus menyejukkan tubuh dengan mengeluarkan peluh tindak balas mengambil makanan pedas. Untuk itu, Sushi King kini menawarkan TIGA jenis tahap kepedasan 'Spicy Kick' iaitu Kari Tomato, Kari Biasa, dan Kari Pedas. Anda boleh memadankan hidangan kegemaran anda dengan kuah kari pilihan pada harga RM15.90 (tidak termasuk GST)
Untuk itu, anda boleh padankan sendiri tahap kepedasan dengan tiga hidangan ini: 1. Chicken Katsu Salah satu hidangan kegemaran Jepun adalah Chicken Katsu di mana ayam goreng dan nasi dihidangkan bersama kuah kari berserta kacang panjang. 2. Seafood Fry Bumi matahari terbit ini memang menggemari makanan bersalut tempura. Untuk itu, Sushi King menampilkan makanan laut bersalut serbuk roti bersama kacang panjang yang dihidangkan bersama nasi bergandingan kuah kari pilihan anda! 3. Yakiniku Hirisan daging dan kacang panjang dimakan bersama nasi panas yang digandingkan dengan kuah kari kegemaran anda. Nikmatilah kelazatan hidangan panas pedas ini! Selain tiga hidangan diatas, anda juga boleh nikmati hidangan lain yang istimewa di Sushi King seperti berikut: 1. Grilled Cheese Curry Istimewanya Grilled Cheese Curry ini adalah kerana ia merupakan hidangan sama seperti Chicken Katsu, di mana ayam goreng dan nasi dihidangkan bersama kuah kari berserta kacang panjang. Tetapi ada sedikit penambahan kepingan cheese. Gabungan hebat, keenakan berganda! 2. Curry Kiryu Udon Penampilan istimewa Curry Kiryu Udon yang merupakan hidangan istimewa dari bandar Kiryu, daerah Gunma, Jepun. Tekstur mi udon lebih lebar dan nipis serta lembut dan licin. Memang ‘terangkat’ kepala makan Kiryu Udon digandingkan bersama kuah kari ‘berapi’ serta kacang panjang dan udang tempura. 3. Curryfornia Roll Jangan main-main dengan California Roll kari ini. Nasinya digaul dengan kari pedas digulung bersama telur dadar, timun dan isi ketam ditambah mayones pedas dan kaviar masago. Selain mencuba menu baharu ini, anda juga boleh cabar DUA rakan anda untuk cabaran Curry-Hot-Kick Challenge dan hantar sekeping gambar “hot kick” paling kreatif dengan hashtag MySKCurry untuk memenangi T-shirt Sushi King eksklusif hanya pada 1 April sehingga 30 Jun 2017 sahaja! Anda berani ke sahut cabaran Curry-Hot-Kick ini? Rasailah sendiri 'kepanasannya' di Sushi King sekarang! - CARI
|
14
Bagus |
21
Marah |
80
Terkejut |
19
Sedih |
19
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Leo_Gurlz replied at 7-4-2017 02:22 PM
Pekat likatt jee macam sos blackpaper. sedapp ke kari jepun
umbut replied at 6-4-2017 02:03 PM
Camner rasa kari jepun ni lain mcm warnanya..
Lagubestbest replied at 7-4-2017 11:29 PM
Pekat likat sebab diorang taruk tepung gandum, tak pakai santan, masih rasa berlemak gak. Kalau ci ...
WhiskeyScotch replied at 6-4-2017 11:51 PM
Cheese curry tu kena ke kombinasinya?
Lagubestbest replied at 7-4-2017 11:29 PM
Pekat likat sebab diorang taruk tepung gandum, tak pakai santan, masih rasa berlemak gak. Kalau ci ...
ADVERTISEMENT