CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Tan Sri' Yang Cuba Rasuah Sultan Johor, Tempoh Remannya Dilanjutkan

4-4-2017 03:21 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2595| Komen: 9


Ahli perniagaan bergelar Tan Sri yang ditahan bagi membantu siasatan kes cubaan merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tempoh tahanan remannya dilanjutkan selama tiga hari lagi mulai esok.


Memetik laporan Bernama, Majistret Nik Isfahanie Tasnin Wan Ab. Rahman mengeluarkan perintah tersebut setelah membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkannya disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Kira-kira pukul 9.30 pagi tadi, ahli perniagaan berumur 54 tahun itu tiba di Mahkamah Majistret di Putrajaya dengan tangan bergari dan berpakaian baju tertera Lokap SPRM.

Khamis lalu, lelaki berbangsa Cina itu diminta menyerah diri kepada SPRM selepas Sultan Ibrahim mendedahkan terdapat seorang individu cuba merasuah baginda dengan menawarkan RM2 juta bagi mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara bagi mendapatkan gelaran Tan Sri daripada Yang di-Pertuan Agong.- CARI




19

Bagus
14

Marah
21

Terkejut
16

Sedih
12

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cintalara 4-4-2017 03:40 PM
Auuwww... abam SPRM meghecikkkk.
Quote amukgemuk 4-4-2017 03:50 PM
kau ni dah kenapa, pek?? Dengan sultan pun kau nak suap... Haissssshhhh.... mesti banyak suap bilis bilis kecik ni... pastu ingat segala Melayu pun boleh beli,, dengan sultan-sultan sekali.....haiyaaa
Quote namirulmukminin 4-4-2017 04:13 PM
amukgemuk replied at 4-4-2017 03:50 PM
kau ni dah kenapa, pek?? Dengan sultan pun kau nak suap... Haissssshhhh.... mesti banyak suap bilis  ...

Mungkin dia dah pernah try Soltan Boksit dan berjaya kot.. So, dia ingat Soltan Johor pon boleh makan jugak.. Sekali hambek ko..
Quote myrustyme 4-4-2017 04:13 PM
ada info x psl tan sri ni
Quote akusukaq 4-4-2017 04:23 PM
cina  towkeh kedai kereta terpakai kat tempat aku pun beli pangkat  datuk ni.aman jer tak de siapa nak kesah pun. datuk dr negeri mana tak tu ler
Quote chinta89 4-4-2017 04:56 PM
nk tau sapekah gerangan nyaaaaa ituuuuuuuuuu
Quote febreze 4-4-2017 07:42 PM
cintalara replied at 4-4-2017 03:40 PM
Auuwww... abam SPRM meghecikkkk.

Khennnn...rewciks nokqqs
Quote cheergirlz 5-4-2017 11:35 AM
y kaya gigih nk melobi untuk dapat title..
Quote mieymiey 5-4-2017 11:41 AM
Mungkin dia rasa bangsa melayu sinonim dengan rasuah.
Tapi agak-agak la, Sultan Johor kot

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.094778 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top