Susulan insiden serangan berdarah di luar Bangunan Parlimen Britain, tujuh individu ditahan dalam enam serbuan berasingan di sekitar ibu negara England, Birmingham dan beberapa lokasi lain.
Tangkapan itu dibuat ketika pihak berkuasa mencari lebih banyak maklumat tentang motif serangan tersebut yang setakat ini dikaitkan dengan aktiviti keganasan antarabangsa. Memetik laporan The Guardian, Pesuruhjaya Polis London, Mark Rowley berkata, siasatan awal mendapati penyerang tersebut mendapat inspirasi daripada pengganas antarabangsa. "Kumpulan pengganas yang dikaitkan dengan Islam dipercayai sebagai motif berdasarkan siasatan setakat ini." Beliau juga berkata, pihaknya juga mengetahui identiti penyerang tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya. Sementara itu, Anak Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump Jr mengecam Datuk Bandar London, Sadiq Khan susulan serangan pengganas di luar Bangunan Parlimen di Westminster pada Rabu.
September lalu, dalam satu wawancara bersama akhbar Evening Standard, Sadiq Khan memberi amaran bahawa penduduk yang tinggal di London perlu bersedia untuk berdepan insiden keganasan ketika masyarakat tidak menjangkakan perkara itu akan berlaku.- CARI |
11
Bagus |
18
Marah |
11
Terkejut |
9
Sedih |
16
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT