Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dikasihi. Ramai sekarang kita tengok orang mula minat menjadi penulis bebas atau juga blogger.
Tapi blogger apa yang kita mahu kenali adakah seorang blogger lifestyle atau juga blogger beauty atau blogger makan. Bila sebut pasal blogger makan Maha pun agak susah juga nak mula menjadi seorang Food Blogger. 7 tahun dulu bergiat dalam dunia blog ni tak fikir tentang kejayaan sekarang ni sebab buat hanya untuk suka-suka. Tapi bermula dengan suka-suka tu mula jadi minat dan juga kini jadi sebagi sebahagian dari kerjaya. Tapi tak mudah untuk mula dikenali sebagai Food Blogger. Ada banyak perkara yang anda perlu korbankan jika hendak menjadi Food Blogger. Ni Maha senaraikan perkara yang telah Maha korbankan sepanjang bergelar Malay Food Blogger. 1) Korban Duit Kenapa Maha cakap kita perlu korbankan duit jika mahu menjadi Food Blogger? Ini kerana masa mula-mula Maha nak tulis pasal makan Maha pergi makan menggunakan duit sendiri di mana-mana restoran yang Maha minat. Memang kena keluarkan duit dan pergi cuba makan kat restoran yang menarik sebab harga tak murah. Tambah sekarang ni ada GST dan caj perkhidmatan jadi memang korang kena sedia untuk berbelanja baru dapat kepuasan dan penulisan yang menarik. 2) Korban Masa Maha bukanlah full time blogger kerana Maha mula menjadi blogger pun semasa tengah bekerja makan gaji. Jadi memang kena korban masa terluang terutama masa cuti. Hanya waktu cuti itulah untuk Maha luangkan masa pergi review makanan kat serata tempat. Masa malam pula Maha habiskan dengan mengarang di blog. Jadi pengurusan masa adalah penting jika korang nak jadi blogger tak kira blog apa pun. 3) Korban Diet Ini paling penting dimana sebagai seorang Food Blogger anda memang kena korbankan diet. Kalau nak badan cantik macam model memang mustahil sekiranya anda seorang Food Blogger. Ini kerana setiap kali pergi review tak kan anda nak cuba 1 hidangan sahajakan. Bukan selalu dapat datang restoran atau hotel mahal ni jadi korang memang kena cuba 3 atau 4 menu baru puas hati. So jangan pelik kalau korang mengalami masalah berat badan tapi tak mustahil kerana ada juga Food Blogger yang slim ok. Jadi korang sedia ke untuk berkorban semua yang Maha senaraikan ini untuk menjadi Food Blogger. Sebab Maha telah hadapi semua ini dan ia membawa Maha menjadi seorang Food Blogger seperti mana yang Maha ada sekarang. Jangan takut kalau korang betul-betul sedia untuk apa yang korang minat dan suka betul tak. Maha tak pernah menyesal kerana Maha tahu apa yang Maha buat ini adalah betul. Walau apa pun kesihatan penting juga dan kena jaga walaupun korang terpaksa makan dengan banyak. Nanti Maha sharekan pada korang bagaimana seorang Food Blogger nak jaga kesihatan tapi dalam masa sama tetap kena makan untuk review. Maha harap apa yang Maha kongsikan ini dapat sedikit sebanyak menjadi panduan buat korang yang ada memasang impian menjadi Food Blogger. Selamat mencuba semua. |
28
Bagus |
32
Marah |
26
Terkejut |
21
Sedih |
21
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pearl.silver replied at 19-3-2017 07:08 PM
Pernah tak ada restoran yg invite you review diorang punya food?
Adakah you akan jujur jika makanan ...
ADVERTISEMENT