CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gambar Berkumpulan Dengan Raja Salman, Media Atas Talian Arab Saudi 'Buang' Rosmah

4-3-2017 02:37 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 18187| Komen: 88


November tahun lepas, paparan gambar berkumpulan untuk semua pemimpin dari setiap negara ketika mesyuarat agung Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik ( APEC ) yang disiarkan dalam akhbar Borneo Bulletin dikatakan timbul pertikaian apabila Perdana Menteri negara kita Datuk Seri Najib telah dikeluarkan daripada gambar berkumpulan tersebut. 


Tanpa disedari, perkara yang sama berulang dalam gambar berkumpulan yang diambil ketika lawatan Raja Salman ke negara kita baru-baru ini, di mana gambar berkumpulan yang sebenarnya terdiri daripada lima orang telah menjadi empat orang. 

Kali ini orang yang 'hilang' dalam gambar berkumpulan itu adalah isteri Perdana Menteri kita, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. 

Raja Salman bin Abdul Aziz al-Saud mengadakan lawatan ke Asia selama satu bulan sejak 26 Februari, selepas mengakhiri lawatan ke Malaysia, Raja Salman berlepas ke Indonesia untuk jadual lawatan yang seterusnya. 

Lawatan sulung Raja Salman ke Malaysia atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, selepas baginda menaiki takhta pada 23 Jan 2015.


Ketika majlis jamuan negara di istana negara, Datuk Seri Najib bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Raja Salman, Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V dan juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi telah bersama-sama mengambil satu gambar berkumpulan. 

sumber foto: Riyadh Vision

Namun, gambar yang disiarkan dalam laporan media atas talian dari Arab Saudi iaitu Riyadh Vision, dikatakan hanya tinggal empat orang dalam gambar yang disiarkan, tidak kelihatan Datin Seri Rosmah Mansor dalam paparan gambar tersebut. 

Netizen yang bermata tajam berpendapat, gambar tersebut telah pun disunting atau 'edit'. 

sumber foto: Bernama

Selain itu, netizen juga memaparkan gambar yang disiarkan Bernama sebelum ini, dan jelas kelihatan dari kiri orang yang bergambar merupakan Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Seri Najib, Raja Salman, Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V dan Datuk Seri Zahid Hamidi. - CARI 




28

Bagus
36

Marah
33

Terkejut
33

Sedih
39

Lawak
38

Bosan

Friends Rank (207 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote samasam90 4-3-2017 02:43 PM
adakah spesies insta femes pitch perfect kaki crop yg huduh atau sejenis vie shanti ?
Quote Changa 4-3-2017 02:44 PM
nak juga heshe mencapub walaupun dalam pose itu yang jejans semua tak kutip spouse untuk bergambar sekali
lain la kalau zahid pun panggil wifi heshe untuk bergambar sekali
Quote lavilavi 4-3-2017 03:05 PM
Opkoslah... Dia bukan muntiri...
Quote airfilterkotor 4-3-2017 03:23 PM
Kalau tak kepit kaki tu buleh tak?
Seriously, tidak maskulin sungguh.
Quote AbukRokok 4-3-2017 03:37 PM
Rosmah tu menteri apa?
menteri Perdana menteri?
Quote akusukaq 4-3-2017 03:41 PM
a big rose amongst the torns .
Quote esteryen 4-3-2017 04:00 PM
Edited by esteryen at 4-3-2017 04:03 PM
airfilterkotor replied at 4-3-2017 03:23 PM
Kalau tak kepit kaki tu buleh tak?
Seriously, tidak maskulin sungguh.


Comel pula I tengok JibJib kepit kaki mcm tu     tetiba x rasa geram sgt ngan dia.

And kakMah tu boleh tak stop malukan suami kakMah tu? Xde pun isteri PakcikZahid sibuk nak ikut kemana2 PakcikZahid tu pergi and kakMah ni kalau kat pentas antarabangsa pun, isteri2 pemimpin lain jalan belakang suami masing2, kakMah je selalu kena spotted jalan dihadapan bangJib
Quote huJanBaTu 4-3-2017 04:07 PM
Changa replied at 4-3-2017 02:44 PM
nak juga heshe mencapub walaupun dalam pose itu yang jejans semua tak kutip spouse untuk bergambar s ...

Bukan ke dah tersebar yg wife nya zahid udah sakit.. jarang dibawa ke majelis2 rasmi  
Quote Changa 4-3-2017 04:07 PM
huJanBaTu replied at 4-3-2017 04:07 PM
Bukan ke dah tersebar yg wife nya zahid udah sakit.. jarang dibawa ke majelis2 rasmi

sheols sakit apa?
Quote aldilla_zahraa 4-3-2017 04:09 PM
Mungkin sebab disiarkan di ereb. Kak rosey tak bertudung pulak, nanti habis naik nafsu semua pak ereb di sana
Quote huJanBaTu 4-3-2017 04:11 PM
Changa replied at 4-3-2017 04:07 PM
sheols sakit apa?

Tatau la sis
Tapi ramai yg speku begitu sebab sebelum ni wife zahid ni aktif.. event kementerian memang wajib wajah beliau.. sejak tahun lepas dah slow down... tu ramai speku wife nya sakit..

Org gila glamor takkan slow down for nothing iya kan?
Quote dodolgemok 4-3-2017 04:25 PM
airfilterkotor replied at 4-3-2017 03:23 PM
Kalau tak kepit kaki tu buleh tak?
Seriously, tidak maskulin sungguh.

Kann?? Nyampah betul tgok kaki kepit cam pondan tu. Kau tu jantan diri lah cara jantan!
Quote dodolgemok 4-3-2017 04:26 PM
Gmbar heshe tak sharia compliant? Moga penyunting tersebut aman2 saja
Quote Changa 4-3-2017 04:41 PM
huJanBaTu replied at 4-3-2017 04:11 PM
Tatau la sis
Tapi ramai yg speku begitu sebab sebelum ni wife zahid ni aktif.. event kementerian  ...

Dah separate?
Quote akusukaq 4-3-2017 04:51 PM
huJanBaTu replied at 4-3-2017 04:11 PM
Tatau la sis
Tapi ramai yg speku begitu sebab sebelum ni wife zahid ni aktif.. event kementerian  ...

sehat je wife pak zahid , idak nya dia gila glemer , balik kmpong bagan datuk ok je.
terlebeh menonjol pun mengundang fitnah je
Quote GhostWalking 4-3-2017 05:01 PM
akusukaq replied at 4-3-2017 08:51 AM
sehat je wife pak zahid , idak nya dia gila glemer , balik kmpong bagan datuk ok je.
terlebeh men ...

Yang yu team wak jahid ke
Quote 32kW 4-3-2017 05:11 PM
aldilla_zahraa replied at 4-3-2017 04:09 PM
Mungkin sebab disiarkan di ereb. Kak rosey tak bertudung pulak, nanti habis naik nafsu semua pak ere ...

Hahaha kalau camtu pun bernafsu memang tahap sangap sangat dah tu    
Quote aldilla_zahraa 4-3-2017 05:41 PM
32kW replied at 4-3-2017 09:11 AM
Hahaha kalau camtu pun bernafsu memang tahap sangap sangat dah tu

Kalau dh sangap, kambing pakai skirt pun nampak seksi      
Quote huJanBaTu 4-3-2017 06:01 PM
Changa replied at 4-3-2017 04:41 PM
Dah separate?

Setaunya wak memang takut dengan bini.. masa PRU ke pemilihan umno lepas dah kecoh wak kawin lain .. dapat anak sorang...
Dia adjust suh tukar nama anaknya tu ber BIN kan nama lain.. punya takut bini dapat tau..

Eleh ade plak komen cakap bini dia tak gila glamor.. skrg wak kan TPm.. ni la time nak meraser jadi 2nd lady ..
masa jadi menteri biasa elokk je ngekor tak lepas2.. time bukak posa kementerian pon dia sama naik jehh..

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.192821 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top