CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Arab Saudi Putuskan Hubungan Dengan Qatar Kerana Sokong Pengganas

5-6-2017 02:38 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 1542| Komen: 3

Description: Hari ini, Arab Saudi yang mengetuai negara-negara Teluk mengumumkan ia memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar dalam semua laluan darat, laut dan udara.

sumber: Reuters


Hari ini, Arab Saudi yang mengetuai negara-negara Teluk mengumumkan ia memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar dalam semua laluan darat, laut dan udara.

Memetik laporan Reuters, Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dan konsular dengan Qatar untuk “meneruskan pelaksanaan hak kedaulatan yang dijamin undang-undang antarabangsa dan melindungi keselamatan negara daripada bahaya keganasan dan kumpulan pelampau”.

Difahamkan, langkah itu diambil berikutan amalan Qatar yang mengukuhkan keganasan dan sokongannya kepada pertubuhan pengganas di Yaman.

Ia termasuk menyokong al-Qaeda dan Daesh, selain berurusan dengan militia pemberontak termasuk Ikhwan Muslimin.

Arab Saudi turut menggesa semua negara sekutu supaya melakukan perkara yang sama terhadap Qatar. 


Bahrain, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut mengikut jejak langkah itu.

Langkah drastik itu diambil selepas pertelingkahan berhubung sokongan Qatar ke atas kumpulan Muslim Brotherhood, pergerakan ektremis Islam tertua di dunia dan menuduh Doha menyokong agenda musuh ketat mereka, Iran.- CARI
19

Bagus
12

Marah
19

Terkejut
12

Sedih
13

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (93 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote tengah_bosan 6-6-2017 10:12 AM
kenapa tetiba ni....
scarynya!
Quote jomZ 5-6-2017 11:50 PM
ikhwanul muslimin pun kire pengganas ke???
Quote Zasss777 5-6-2017 05:42 PM
Oh my. What's next!

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.050099 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top