Aduhai, pening kepala rasanya bila kucing kencing di ruang tamu. Padahal bukan tidak disediakan 'litter box', pasir pun baru je tukar. Keluhan ini biasa didengari dari mereka yang membela haiwan comel ini dan acap kali menjadi masalah besar kerana bau kencing kucing memang susah nak hilang.
Jangan risau, ada beberapa petua yang memang berkesan anda boleh cuba ya. 1. Guna Serai Kucing memang anti dan langsung tidak menyukai bau serai. Jadi boleh beli produk yang berasaskan serai atau serai wangi yang ada di pasaran. Semburkan sahaja di kawasan yang selalu menjadi tempat kucing anda kencing. Lagi elok sekiranya anda letakkan sahaja batang serai di sudut-sudut rumah.
3. Guna belerang Taburkan sahaja di penjuru-penjuru dinding. Sifat belerang yang panas dan berbau akan mengelakkan kucing dari kencing merata-rata. 2. Guna Lada Hitam Didihkan air dan masukkan 1 atau 2 sudu lada hitam (Biji bukan serbuk) ke dalamnya. Biar dalam masa masa 2 hingga 5 minit. Masukkan ke dalam botol penyembur dan semburkan di kawasan kucing kencing. 4. Guna Cuka Jika kucing masih lagi berdegil walaupun dengan pelbagai usaha untuk menghalangnya kencing merta, guna sahaja cuka. Bahan ini mampu untuk membersihkan dan menghilangkan bau kencing kucing yang sangat busuk. Walaupun jemu atau marah dengan kucing belaan anda yang kencing merata, jangan sesekali jerit atau pukul haiwan peliharaan anda ya. Kenal pasti masalah yang dihadapinya dengan membawanya segera ke doktor untuk pemeriksaan lanjut. Mungkin ada yang tidak selesa dengan 'litter box' sehingga kencing merata atau ada masalah kesihatan yang lain. Apa-apa pun cuba dulu tips yang diberikan, pasti berkesan. Selamat mencuba! -CARI
|
23
Bagus |
16
Marah |
29
Terkejut |
32
Sedih |
17
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
JpA0606 replied at 1-3-2017 11:50 AM
nak try la.. Dah kucing jiran sll lepak kat rumah . kecing berak merata2.. Jiran buat tak tau.. Ben ...
sukesuke replied at 1-3-2017 02:19 PM
Pakai cuka,mmg x dtg dah..aku dah try,mmg menjadik
taji2906 replied at 1-3-2017 02:46 PM
kadang kucing buat hal takmo berak kencing dlm litter box sebabnya litter box tu dah penuh, atau pun ...
UsuFie replied at 1-3-2017 11:58 AM
samalah dgn kucing jiran usu..dia buat tak tau jer anak2 kucing dia berak kencing kat depan rumah us ...
ADVERTISEMENT