Tiga anggota polis cuai apabila meninggalkan seorang tahanan kes perogol dalam kereta polis menyebabkan suspek berpeluang melarikan diri susulan membatu suspek beli makanan untuk berbuka puasa.
Persuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din mengesahkan kes tersebut sambil mengatakan kejadian itu berlaku di Daerah Beluran pada 25hb Februari, Sabtu lalu dan suspek mengambil masa tiga minit untuk melarikan diri. Menurutnya, suspek dikenali sebagai Nasrudi @ Sudi Ambo, 29, disyaki merogol seorang gadis berumur 17 tahun pada 18hb Februari dan berjaya ditangkap pada 20hb Februari. Dalam kejadian jam 7.15 malam itu, suspek yang dalam perjalanan bersama tiga anggota polis untuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran, dikatakan meminta dibelikan makanan untuk berbuka kerana berpuasa. Difahamkan, suspek yang bergari di kedua-dua tangan ketika itu dibiarkan bersendirian di tempat duduk di bahagian belakang kereta, manakala tiga anggota terbabit masuk ke restoran untuk membeli makanan.
Kira-kira tiga minit kemudian, anggota polis yang menyangka pintu kereta sudah berkunci pulang semula ke kenderaan dan mendapati suspek hilang. Suspek dipercayai mengambil kesempatan melarikan diri dengan membuka pintu kereta yang tidak berkunci ke arah kebun sawit berhampiran. Tegas Ramli Din, ketiga-tiga anggota polis yang lalai tersebut akan disiasat dan mereka akan dikenal pasti samada mengambil rasuah dan sengaja lepaskan suspek. Sekiranya terbukti mereka menyalahi undang-undang, tindakan sewajarnya akan diambil ke atas mereka. Suspek kini masih belum berjaya dikesan lagi. - CARI |
29
Bagus |
25
Marah |
12
Terkejut |
17
Sedih |
14
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cicicumel replied at 27-2-2017 05:47 PM
Kelas banduan puasa ganti ke puasa sunat?
abangbeca replied at 27-2-2017 05:57 PM
Puasa nazar... Dapat rogol sorang, posa sari...
ADVERTISEMENT