CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih Muatan, 7 Penumpang Terpaksa Berdiri Sepanjang Penerbangan

27-2-2017 04:22 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4088| Komen: 29

Description: Dalam satu jadual penerbangan bagi syarikat penerbangan antarabangsa Pakistan telah membawa seramai 416 orang penumpang, akibatnya tujuh orang penumpang yang berlebihan terpaksa berdiri di lorong kabi ...
 
Bas ekspres membawa lebih penumpang sememangnya biasa kedengaran, namun kini kapalterbang komersial juga dikatakan lebih muatan. 


Sebuah kapalterbang boeing 777, hanya dibenarkan bawa jumlah penumpang maksimum 409 orang, tetapi tanpa disangkakan dalam satu jadual penerbangan bagi syarikat penerbangan antarabangsa Pakistan telah membawa seramai 416 orang penumpang. 

Akibatnya tujuh orang penumpang yang berlebihan terpaksa berdiri di lorong kabin sepanjang penerbangan. 

Menurut laporan Daily Mail, jadual penerbangan pesawat terbabit bernombor penerbangan PK743, ianya telah diterbangkan dari Karachi, Pakisatan menuju ke Madinah, Saudi Arab pada 20hb Januari yang lalu, tempoh penerbangannya berjumlah 4 jam 30 minit.  

Menurut ketua pesawat, bawa lebih penumpang hanya disedarinya selepas kapalterbang berlepas, namun dia mengambil keputusan tidak patah balik semula ke lapangan terbang Karachi kerana dengan berbuat demikian tidak menguntungkan syarikatnya. 


Terdapat media tempatan mengkecam syarikat penerbangan tersebut, sekiranya apa-apa terjadi ketika kapalterbang di atas udara, jumlah pembekal oksigen akan tidak mecukupi, tindakan ketua pesawat itu amat tidak bertanggungjawab dan sememangnya mengabaikan keselamatan penumpangnya. 

Jurucakap penerbangan antarabangsa Pakistan memaklumkan, pihak berkuasa mengambil serius perkara itu dan siasatan sedang dilakukan berhubung kenapa penerbangan lebih penumpang dapat kebenaran.- CARI

sumber foto: Daily Mail

4

Bagus
6

Marah
2

Terkejut
7

Sedih
3

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 27-2-2017 04:36 PM
kelakarnya.. mujur tak sampai kena bertenggek kat kepak macam ketapi kat india
Quote Sazida 27-2-2017 04:44 PM
prettyuglybabe replied at 27-2-2017 04:36 PM
kelakarnya.. mujur tak sampai kena bertenggek kat kepak macam ketapi kat india

Aduhhh fisrt time dgr aircraft lebih muatan. Nasib 7 org. Kalau penuh lorong kabin tu mcm dlm keretapi mau trhempas kpl terbang tu., ketua pramugari pn bodo. Ikut rules malas dia, nyawa org lain xpk lak.
Quote koko2 27-2-2017 04:45 PM
paki...memcm hal
Quote cmf_conan 27-2-2017 04:52 PM
pelik.. no seat mcm mana?
sblm berlepas, kan ke kru kena cek tiap2 row pastikan takdek terlebih terkurang..
terkurang takper lagi.. ni terlebih..
Quote Changa 27-2-2017 04:53 PM
sakai nya lah PIA....takkan masa boarding heshe tka buat headcount??
Quote Changa 27-2-2017 04:54 PM
cmf_conan replied at 27-2-2017 04:52 PM
pelik.. no seat mcm mana?
sblm berlepas, kan ke kru kena cek tiap2 row pastikan takdek terlebih ter ...

akak syak crew heshe pun jenis sakai buat bodoh jah.
maybe dah biasa sangat pax yang kepala batu tak ikut arahan, so nampak ada yang berdiri pun heshe buat bodoh jah,.
tak pun crew pun tak berapa nak cukup, so buat kerja cincai2 jah
Quote WhiskeyScotch 27-2-2017 04:55 PM
Hello, ini kapal terbang bukan bas rapid kl, intrakota dan  len seng ye boleh terlebih muatan. Bengong!
Quote merrissa 27-2-2017 05:06 PM
prettyuglybabe replied at 27-2-2017 04:36 PM
kelakarnya.. mujur tak sampai kena bertenggek kat kepak macam ketapi kat india

kelak.....


safety ltk belakang....duit first


Quote shamsadis 27-2-2017 05:07 PM
Hahahahaah ingat naik bas henti2 ka
Quote CrowneGlory 27-2-2017 05:08 PM
LOL ... nasib baik x berdiri kat pintu
Quote sensa 27-2-2017 05:09 PM
masa berlepas x pakai safety belt ke?
Quote -electrifying- 27-2-2017 05:29 PM
beli tiket mcm mano?
Quote matchstick 27-2-2017 05:51 PM
biasa naik bas ekspres yg xdpt seat tu sbb xbeli tiket kt kaunter..bayar rega tiket kt pak cik drebar jah. ni bayar kt pilot ke mcm mana..
Quote Bell 27-2-2017 06:13 PM
Gambar B747 tu, bukan B777
Quote selipar_hijau 27-2-2017 06:13 PM
Beli tix kat ulat tiket la ni..
Quote qumbu 27-2-2017 10:49 PM
Derang salah tafsir ni...derang ingat naik bas mini
Quote epis 28-2-2017 07:00 AM
Changa replied at 27-2-2017 04:53 PM
sakai nya lah PIA....takkan masa boarding heshe tka buat headcount??

Kak changa, pitam nk bt headcount dgn load 4++ tu, haha..
Quote epis 28-2-2017 07:02 AM
cmf_conan replied at 27-2-2017 04:52 PM
pelik.. no seat mcm mana?
sblm berlepas, kan ke kru kena cek tiap2 row pastikan takdek terlebih ter ...

Ni mesti over book, pastu fefeeling x sume checkin.. tgk2 sume checkin, pastu ade sequence remove lak, mmg berlebihan la jawapnya...
Quote devilito2 28-2-2017 08:04 AM
adui la... macam2 la perangai org ni...

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.068739 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top