Kemaskini 6.30pm Menurut Berita Harian, Kedutaan Korea Utara di Malaysia, menggesa tiga suspek yang ditahan kerana dipercayai terbabit dengan pembunuhan Kim Jong-nam dibebaskan serta merta.
Kedutaan tersebut juga menegaskan seorang wanita Vietnam, seorang wanita Indonesia dan seorang lelaki Korea Utara ditahan secara tidak munasabah. -CARI _________________________________ Kemaskini 4.00pm Polis diarahkan melakukan siasatan ke atas Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) berhubung penyebaran video rakaman pembunuhan Kim Jong Nam, oleh media asing baru-baru ini. Berita Harian melaporkan, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, menyatakan pengawasan dan kawalan keselamatan di (KLIA2) adalah di bawah tanggungjawab Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB).
Dalam perkembangan yang sama, pihak polis akan mengenal pasti punca dan sebab kematian sebelum memaklumkannya pada Kementerian Luar, INTERPOL serta mana-mana negara yang terbabit. -CARI _______________________________________ Kemaskini 3.30pm Menurut Utusan Online, salah seorang daripada dua suspek yang diburu bagi membantu siasatan kes kematian abang Presiden Korea Utara, Kim Jong-nam minggu lalu dikenal pasti sebagai Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara di Malaysia. Dia dikenali sebagai Hyon Kwang-song, 44 dan seorang lagi suspek yang baru dikenal pasti merupakan pekerja syarikat penerbangan Korea Utara, Kim Uk-il, 37. Kedua-duanya disyaki masih berada dalam negara ini. -CARI ___________________________________ Kemaskini 2.00pm Pembunuhan Kim Jong Nam adalah perbuatan terancang. Ketua Polis Negara, berkata, warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29, dan wanita Indonesia dikenali sebagai Siti Aishah, 25, yang ditahan tahu mengenai perancangan untuk membunuh Jong-nam. Malah, mereka sudah beberapa kali berlatih sebelum ini. -CARI ______________________________ Kemaskini 11.45am KPN menyatakan laporan media dakwa anak Kim Jong-nam, Kim Han-sol sudah ke HKL untuk beri DNA dan buat pengecaman mayat, hanya khabar angin. PDRM juga sedang mengesan suspek kelima dikenali sebagai James yang dipercayai masih di negara ini. Malah menurut KPN lagi, dua suspek wanita sedar cecair yang digunakan dalam kes pembunuhan adalah racun dan bertoksik. Polis tingkatkan kawalan keselamatan di rumah mayat HKL kerana terdapat insiden cubaan pecah masuk -CARI ______________________________________ Kemaskini 11.40am Menurut Berita Harian, Ketua Polis Negara berkata, PDRM tidak pernah menamakan rakyat Korea Utara yang mati dibunuh di KLIA2 sebagai Kim Jong-nam tetapi Kim-Chol. -CARI ___________________________________ Sekarang sedang diadakan lintas langsung sidang media oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung kes pembunuhan, Kim Jong-nam. Sebelum ini Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan bahawa abang Presiden Korea Utara itu mati akibat serangan jantung. Nantikan perkembangan kes ini sebentar lagi. -CARI
|
27
Bagus |
23
Marah |
28
Terkejut |
29
Sedih |
25
Lawak |
32
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kelapaparut replied at 22-2-2017 12:04 PM
Wartawan korea mmg agresif sampai merayau2 waktu mlm mcm hantu kat hkl tu,wartawan kite balik rumah ...
Syd replied at 22-2-2017 03:48 AM
yang mamat tanya soalan berulang tuh, tak fokus bila orang cakap mmg kena hangin laa ngan KPN
EncikRhoma replied at 22-2-2017 02:17 PM
ko ada kat sana ke syd?
ADVERTISEMENT