View: 2063|Reply: 9
|
(Kemaskini) Sidang Media KPN Tentang Pembunuhan Kim Jong-Nam
[Copy link]
|
|
Kemaskini 6.30pm
Menurut Berita Harian, Kedutaan Korea Utara di Malaysia, menggesa tiga suspek yang ditahan kerana dipercayai terbabit dengan pembunuhan Kim Jong-nam dibebaskan serta merta.
Kedutaan tersebut juga menegaskan seorang wanita Vietnam, seorang wanita Indonesia dan seorang lelaki Korea Utara ditahan secara tidak munasabah. -CARI
_________________________________
Kemaskini 4.00pm
Polis diarahkan melakukan siasatan ke atas Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) berhubung penyebaran video rakaman pembunuhan Kim Jong Nam, oleh media asing baru-baru ini.
Berita Harian melaporkan, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, menyatakan pengawasan dan kawalan keselamatan di (KLIA2) adalah di bawah tanggungjawab Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB).
Dalam perkembangan yang sama, pihak polis akan mengenal pasti punca dan sebab kematian sebelum memaklumkannya pada Kementerian Luar, INTERPOL serta mana-mana negara yang terbabit. -CARI
_______________________________________
Kemaskini 3.30pm
Menurut Utusan Online, salah seorang daripada dua suspek yang diburu bagi membantu siasatan kes kematian abang Presiden Korea Utara, Kim Jong-nam minggu lalu dikenal pasti sebagai Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara di Malaysia.
Dia dikenali sebagai Hyon Kwang-song, 44 dan seorang lagi suspek yang baru dikenal pasti merupakan pekerja syarikat penerbangan Korea Utara, Kim Uk-il, 37.
Kedua-duanya disyaki masih berada dalam negara ini. -CARI
___________________________________
Kemaskini 2.00pm
Pembunuhan Kim Jong Nam adalah perbuatan terancang.
Ketua Polis Negara, berkata, warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29, dan wanita Indonesia dikenali sebagai Siti Aishah, 25, yang ditahan tahu mengenai perancangan untuk membunuh Jong-nam. Malah, mereka sudah beberapa kali berlatih sebelum ini. -CARI
______________________________
Kemaskini 11.45am
KPN menyatakan laporan media dakwa anak Kim Jong-nam, Kim Han-sol sudah ke HKL untuk beri DNA dan buat pengecaman mayat, hanya khabar angin.
PDRM juga sedang mengesan suspek kelima dikenali sebagai James yang dipercayai masih di negara ini.
Malah menurut KPN lagi, dua suspek wanita sedar cecair yang digunakan dalam kes pembunuhan adalah racun dan bertoksik.
Polis tingkatkan kawalan keselamatan di rumah mayat HKL kerana terdapat insiden cubaan pecah masuk -CARI
______________________________________
Kemaskini 11.40am
Menurut Berita Harian, Ketua Polis Negara berkata, PDRM tidak pernah menamakan rakyat Korea Utara yang mati dibunuh di KLIA2 sebagai Kim Jong-nam tetapi Kim-Chol. -CARI
___________________________________
Sekarang sedang diadakan lintas langsung sidang media oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung kes pembunuhan, Kim Jong-nam.
Sebelum ini Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan bahawa abang Presiden Korea Utara itu mati akibat serangan jantung.
Nantikan perkembangan kes ini sebentar lagi. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
selamba, sinis dan kelakar.
kena hamput laa ko wartawan-wartawan. |
|
|
|
|
|
|
|
yang mamat tanya soalan berulang tuh, tak fokus bila orang cakap mmg kena hangin laa ngan KPN |
|
|
|
|
|
|
|
Ramainya makhluk korea utara nak dikejor ni....haramkan saje mereka selepas ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wartawan korea mmg agresif sampai merayau2 waktu mlm mcm hantu kat hkl tu,wartawan kite balik rumah tido dah |
|
|
|
|
|
|
|
hahahah hantu pun takut ngan dorang
|
|
|
|
|
|
|
|
Kes makin menarik. Mana duta korea? Dah kena bagi makan babi lapar ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|