Buat julung kalinya Kanye West menampilkan model berhijab bagi memperagakan koleksi terbaharunya, Yeezy Season 5.
Keputusan penyanyi rap yang kini sudah bergelar pereka fesyen itu dianggap sesuatu yang menarik dan disebabkan itu nama model Halima Aden ini menjadi buah mulut orang ramai. Sebelum ini Halima yang baru berusia 19 tahun sudah muncul di muka hadapan beberapa akhbar sebagai wanita bertudung pertama yang memasuki pertandingan ratu cantik Miss Minnesota. Kini gadis tersebut membuka mata dunia fesyen lagi dengan penampilan sulungnya di pentas peragaan pada hari ketujuh Minggu Fesyen New York.
Halima memperagakan busana West di hadapan isterinya yang juga bintang realiti, Kim Kardashian dan Ketua Editor majalah Vogue, Anna Wintour Jom ketahui fakta menarik tentang model berhijab yang sangat cantik ini. 1. Halima dilahirkan di sebuah kem pelarian di Kenya 2.Model hijab pertama yang berjaya menandatangani kontrak dengan agensi model terkenal dunia, IMG 3. Memulakan karier dengan menyertai pertandingan ratu cantik 4. Sangat gemar makan makanan segera 5. Merupakan seorang pelajar di St. Cloud University. 6. Baru menanggalkan pendakap gigi, dan kini memilik gigi yang sangat cantik Bagaimana pendapat anda selepas melihat foto-foto Halima? Memang cantik kan? -CARI
|
13
Bagus |
16
Marah |
19
Terkejut |
23
Sedih |
16
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT