CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Keluarga Ini Tinggal Dalam Sampah, Menggeletar Kelaparan Tiada Siapa Peduli

17-2-2017 01:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9642| Komen: 34|Original author: Oleh: Myra Rozi

Hati siapa yang tidak meruntun kesedihan bila melihat anak-anak kecil menangis kehausan dan kelaparan? Setiap jiwa insan pasti tersentuh melihat anak-anak yang tidak ketahuan hala tuju dan terbela kebajikannya.


Inilah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Alyaa Nor yang menemui sebuah keluarga daif di hadapan Hotel Sani Chow Kit.

Tiga orang anak kecil dilihat sedang bermain di tepi longgokan sampah dengan keadaan yang tidak terurus.

Menurut Alya lagi, mereka bukanlah rakyat negara ini dan berkemungkinan besar etnik Rohingya.

Ibu mereka ada di situ memerhatikan anak-anak dan menurut orang sekeliling lagi suaminya sudah meninggal dunia akibat dilanggar lori.



Apa yang lebih menyedihkan adalah pihak berkuasa tempatan termasuk pihak kebajikan masyarakat dan pihak imigresen seolah-olah tidak mengambil peduli walaupun sudah menerima aduan.

Netizen yang melihat video ini masing-masing meluahkan rasa sedih dan kasihan terhadap apa yang terjadi.

Justeru itu, jika ada sesiapa yang mengetahui cara bagi membela nasib keluarga yang malang ini mohon tampil ke hadapan. Bantulah saudara kita kerana mereka juga makhluk Tuhan yang wajib disayangi dan dilindungi. -CARI

Foto: FB Alyaa Noor
16

Bagus
12

Marah
9

Terkejut
12

Sedih
8

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (77 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 17-2-2017 01:59 PM
Edited by Skuau at 17-2-2017 02:01 PM

1 kapal Nautical Aliya bantuan dah kita antar ke Chittagong...yg tinggal adalah untuk membantu warga Msia...ramai lagi rakyat kita masih memerlukanya.....harap maklum.
Quote noni165 17-2-2017 02:14 PM
mmg sedih kalau tgk keadaan kanak2 mcm ni..xkisah la bangsa apa pun.sbb kanak2 ni xtau ape lg.dah terpaksa harungi kesusahan mcm tu,
Quote jerukkedondong 17-2-2017 02:20 PM
Uiii....siap pkai high heel tu....
Quote prettyuglybabe 17-2-2017 02:26 PM
dah dorang ada persatuan rohingya..
pi hantar dorang depan pintu persatuan..
kejadah ko nak harap gomen pulak jaga kebajikan dorang..
rakyat sendiri pun ramai tak terbela..
susah-susah angkut je dorang balik rumah bela..
baru tau perangai deme cam mana..
Quote miznora 17-2-2017 02:27 PM
jerukkedondong replied at 17-2-2017 02:20 PM
Uiii....siap pkai high heel tu....

org dh buang agaknya.. main2 tmpt smpah jumpa pulak. terusla pakai
Quote nononcrux 17-2-2017 02:43 PM
prettyuglybabe replied at 17-2-2017 02:26 PM
dah dorang ada persatuan rohingya..
pi hantar dorang depan pintu persatuan..
kejadah ko nak harap  ...

betul tu, ssh sgt sendri je lah bantu
Quote matchstick 17-2-2017 02:59 PM
kesian suami mati kena langgar lori xde tmpt bergantung..tp kalu ada laki ramai lg anak dorg kot
Quote zuraidah1 17-2-2017 03:06 PM
Edited by zuraidah1 at 17-2-2017 03:07 PM

dia org ni siap tido kt lrt pwtc dpn jln raya tu...aku slalu nmpak sbb opis kt pwtc ramai gak org bg donate kt dia .dia slamba je tido anak branak...anak dgn xpakai suar g...tgk muka bkn org tempatan
Quote rosasa 17-2-2017 03:08 PM
ya allah..kesiannya
Quote leylapple 17-2-2017 03:28 PM
coba korang masuk kat kawasan sub urban sikit2...kat flat kos rendah byk juga warga tempatan yang hidup merempat...

bawah jambatan pun ada...

cuma maybe budak2 nie ada kat depan pwtc mudah ditgk jd cepat org simpati..

secara jujurnya aku rasa pihak kebajikan pun dah pening kepala... nak tlg rakyat sendiri pun ssh, nak tlg warga asing pulak...

tu blm lagi kebanjiran bangladesh, india dgn rohingya yang dijangka tiba 60k tahun nie...

kalau byk sangat warga asing mcm nie, secara tak langsung menaikkan indeks jenayah sbb berpotensi jadi kes culik, pelacuran, ragut, bunuh , gaduh sesama sendiri..

last2 org tempatan yang keja polis, imegresen pun dah mls nak ambik pot..semangat patriotik pun dah pudar...

Quote Aneem 17-2-2017 03:46 PM
Macamana nak amik tau..
Rakyat malaysia sibuk dgn kes retis plan  nak caras laki org, kisah cinta epot, honeymoon di kohlipe..
Quote cmf_premierleag 17-2-2017 03:48 PM
Org rohingya ke tu?
Sorry... Tak kuasa nak tolong
Tak kowser nk fefeling suci murni nk tolong bangsa nih
Quote jazaa100 17-2-2017 03:58 PM
Yg rakamkn bideo ni nk bgtau jkm, pusat zakat tak prihatin kot....

Tak yah lah nangis nangis dik....kau hangkut je bawak gi rumah kau...dpt pahala tau....

Quote jazaa100 17-2-2017 04:01 PM
matchstick replied at 17-2-2017 02:59 PM
kesian suami mati kena langgar lori xde tmpt bergantung..tp kalu ada laki ramai lg anak dorg kot

Tergelak aku baca komen kau.....

Jgn memain...dgn forummer cari ni, dorang tgok dari byk sudut.....

Iyalah kann...dah hidup susah, nk beranak byk byk tu buat apa  .hidup kau sendiri tak teratur....pelajaran pun tak sempurna, mcmana ank ank nk doakn mak bapak bila dah mati sbb hidup dorang pun dah 'mati' kat dunia...
Quote imransulaiman 17-2-2017 04:19 PM
jazaa100 replied at 17-2-2017 03:58 PM
Yg rakamkn bideo ni nk bgtau jkm, pusat zakat tak prihatin kot....

Tak yah lah nangis nangis dik. ...

Betul tu...

Kalau dia cakap dia ada banyak komitmen lain, orang lain pun macam tu juga. Apa yang kita mampu hanyalah berdoa untuk kesejahteraan mereka..
Quote Fienomenology 17-2-2017 04:48 PM
Orang Malaysia pun byk yg homeless,apesal x perihatin yg tu pulak?
Quote WhiskeyScotch 17-2-2017 04:50 PM
Etnik Rohingya ke? Okeyh tak berapa nak kesian.
Quote armin 17-2-2017 05:17 PM
KEnapa imigresen tak ambik tahu? Ni kan kerja diorang.
Quote seri_mawr 17-2-2017 05:22 PM
leylapple replied at 17-2-2017 03:28 PM
coba korang masuk kat kawasan sub urban sikit2...kat flat kos rendah byk juga warga tempatan yang hi ...

agreed....



Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.099213 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top