Fuh, memang meletup buku Fattah Amin berjudul 99 Kata-Kata #Qalifmoden yang dilancarkan baru-baru ini. Malangnya, bukan buku tulisannya sahaja yang meletup, malah laman sosial juga meletup dengan komen dan hencapan daripada netizen.
Tapi pelakon itu tidak ambil pusing dengan komen negatif netizen dan mempertahankan buku yang dihasilkannya itu. "Saya anggap apa yang berlaku (kritikan netizen di laman sosial mengenai buku tulisannya) sebagai dugaan. Niat saya menerbitkan buku ini hanyalah untuk berkongsi tips dan kata-kata positif serta nasihat supaya terus menjadi insan yang berguna. "Saya juga mahu buku ini menjadi inspirasi berguna kepada semua, terutama adik-adik kecil untuk membesar dengan baik dan meletakkan impian serta strategi untuk berjaya," katanya kepada BH Online.
Menurut Fattah, buku dihasilkan berdasarkan pengalamannya sendiri, bukan pengalaman orang lain. Dalam masa sama, ada maksud tersirat di sebalik setiap kata-kata membolehkan pembaca berfikir mengikut imaginasi masing-masing. "Saya lebih selesa menggunakan ayat ringkas dengan makna mendalam supaya buku ini lebih dekat dan dijiwai menerusi setiap perkongsian," katanya Aktor itu turut mempertahankan harga jualan bukunya yang hangat dibincangkan di laman sosial dengan menegaskan harga jualannya berpatutan dengan nilai penerbitannya yang menggunakan kertas berkualiti tinggi dan grafik yang eksklusif, selain memuatkan cakera padat singlenya berjudul Wanita Terakhir. Amboi, kuat juga semangat Fattah mempertahankan buku keluarannya yang heboh diperdebatkan di antara netizen. Semoga Fattah terus tabah menghadapi dugaan sebagai anak seni. - CARI
|
22
Bagus |
18
Marah |
20
Terkejut |
18
Sedih |
23
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT