CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pelamin Angan Musnah Gara-gara Katerer, Tetamu Makan Nasi Berlaukkan Kuah

3-2-2017 05:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 20637| Komen: 135|Original author: Oleh: Adib Za


Majlis raja sehari seakan musnah bila katerer yang bertanggungjawab menyediakan hidangan sepanjang majlis buat hal. 

Sangat menyedihkan bila makanan yang dijanjikan tidak dapat disediakan sempurna, malah hingga menyebabkan para tetamu makan nasi berlaukkan cuma kuah. 

Bayangkan betapa malunya sang pengantin terhadap para tetamu. Malah dikatakan kedua pasangan tersebut juga tidak dapat menikmati makanan istimewa pada hari berkenaan. 


Amnina Azmi yang menjadi mangsa kepada sikap tidak bertanggungjawab katerer itu mendedahkan hal tersebut menerusi laman Facebook miliknya. 

"Buat yg hadir pasti sudah tahu perihal caterer kami yg bermasalah. Jutaan maaf kepada yg hadir tapi hanya makan nasi berlaukkan kuah. 


"Pengantin jugak tak dapat makan. Jangankan kambing, lauk asas pun gagal di sediakan seperti yg dijanjikan dengan sempurna. Sedih memang sedih. Tapi kami akan perjuangkan hak kami sbg pengguna," katanya. 

Dakwanya, pihak katerer tidak menjawab dan juga membalas mesej yang diberikan. Malah sikap berdiam diri itu dilihat sangat tidak profesional dan juga menambahkan keruh keadaan. 

Tak mahu perkara ini berlarutan Amnina dikatakan segera membuat laporan polis ketika masih memakai persalinan raja sehari. 

"Nonetheless, we have act accordingly and we shall see how it goes. Kami harap kami pasangan terakhir yang tertipu. Friends, please spread the words," katanya. 

Foto: FB My Media Hub
Apa pun, buat semua bakal pasangan pengantin di luar sana, kisah ini boleh dijadikan teladan dan juga pengajaran. Semoga tiada makhluk yang mengambil kesempatan dan meragut hari bahagia anda. - CARI  
21

Bagus
26

Marah
18

Terkejut
12

Sedih
16

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missinpiece 3-2-2017 05:53 PM
Eloknya peniaga2 yg dok kejar untung tapi xde hasil ni ditutup perniagaannya oleh pihak berkuasa. Setakat berpuluh2 report polis tu x jadi kudis buat mereka. Ade je yg tertipu lg nanti. Kalau yg bijak sikit google jumpala berita xbest pasal peniaga ni.
Quote Aizuzu 3-2-2017 05:54 PM
missinpiece replied at 3-2-2017 05:53 PM
Eloknya peniaga2 yg dok kejar untung tapi xde hasil ni ditutup perniagaannya oleh pihak berkuasa. Se ...

Kesian nya la hai.. Sampai hati
Quote missinpiece 3-2-2017 05:58 PM
Aizuzu replied at 3-2-2017 05:54 PM
Kesian nya la hai.. Sampai hati

Erm kesian kat siapa? Sampai hati nak tutup perniagaan or sampai hati bagi janji manis kat customer?  
Quote ReginaGeorge 3-2-2017 05:59 PM
Pasni pasti ada  "Penjelasan Catering tak sediakan makanan"
Quote cik-jaja 3-2-2017 06:00 PM
kesiannya..ni kes aniaya
Quote samasam90 3-2-2017 06:01 PM
ReginaGeorge replied at 3-2-2017 05:59 PM
Pasni pasti ada  "enjelasan Catering tak sediakan makanan"

kan, haruslah menjafi victim dgn mengatakan tidak sepatutnyer memviralkan perkara ittew
Quote pr3ttytw33ty 3-2-2017 06:02 PM
Sedehnye. Sendrik x mkn x ape tp jgn tetamu. Ade yg dtg dr jauh ngan perot kosong. Sedehnye. Moga melingkup caterer tersebut. Amin.
Quote samasam90 3-2-2017 06:02 PM
caterer mana tu? nak tahu juga nama. takut terkena pulok.
Quote lasagnaklcc 3-2-2017 06:03 PM
Kenapa di censored nama caterer?
Quote aku.semut.merah 3-2-2017 06:03 PM
Ko nak viral tapi ko tutup nama katerer jilake tu
Quote chazey 3-2-2017 06:04 PM
Edited by chazey at 3-2-2017 06:05 PM

Meleis meniaga memang suka sangat menganiaya orang kan? Ko sembunyi2 makan char siew fan hari2 ke dek katerer dah perangai nohorom sangat?  
Quote missinpiece 3-2-2017 06:06 PM
Mesej pun x berjawab. Lasst sekali muncul ngn penjelasan x masuk akal. Konon wife nak bersalin la, kerbau masuk spital la, customer rude sampai tersentap xnak masakla. Mana etika sbg peniaga pon xtaula. Dh brp kali me crita kt forum ni tah, sdara me bertunang raya haji. Sebelum raya 2-3 kali cnfirmkan penghantaran khemah meja. Cun konon mmg punctual la. Pagi kenduri tu bila org mesej barula nak jawab 'abang kau x sihat ni, akak x boleh nak balik lagi..' wtf. Ckp jela malas nk balik dr kampung lg. Peliknya kalau berurusan ngan Melayu customer atau peniaga alasan ni mmg akan biasa digunakan
Quote CiliPadiSedap 3-2-2017 06:11 PM
kes ni under kes civil. jadi setahu akak susah nak masuk penjara..  kena pasang peguam dan saman..

kalau nak saman mohon pastikan caterer tu berduit dan mampu bayar..

kalau tak de duit toksah saman.. tunggu dia ada duit baru saman..

kita pelanggan kena cerdik licik..
Quote gigahertz 3-2-2017 06:22 PM
aku.semut.merah replied at 3-2-2017 10:03 AM
Ko nak viral tapi ko tutup nama katerer jilake tu

takut fitnah katanya tapi apa bangang bende betul berlaku pergi cencosered.
Quote krustykrab 3-2-2017 06:38 PM
Aku kalau pi mkn kenduri, akuambik sikit je ...kesian kt tuan rmh takut lauk habis sblm kenduri selesai....

Ramai aku tgk ambik menimbum pastu makan x habis...kat anak aku yg kuat makan aku suh die ambik sikit dulu, rasa kalau sedap pi tambah
Quote aldilla_zahraa 3-2-2017 06:42 PM
CiliPadiSedap replied at 3-2-2017 10:11 AM
kes ni under kes civil. jadi setahu akak susah nak masuk penjara..  kena pasang peguam dan saman..
...

Penjara tak. But atleast boleh tuntut balik amaun yg dah dibayar dan ganti rugi berkaitan
Quote WajibulGhunah 3-2-2017 06:51 PM
Nasik hangit pun bnyk
Lauk basi la
Hmmmmmmmmmmmmm
Quote aku.semut.merah 3-2-2017 06:57 PM
gigahertz replied at 3-2-2017 06:22 PM
takut fitnah katanya tapi apa bangang bende betul berlaku pergi cencosered.

tu la bodo. konon kata biarla depa last yg kene jgn ada yg lain selepas mereka kene, tapi pengecut plak nak bgtau nama katerer
Quote EvieWanKenobi 3-2-2017 06:57 PM
payment sibuk dikejar..
serbis cam sampah..

Lihat semua komen(135)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.082013 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top