CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Mulut 'Tiada Insurans', Gadis Ditikam Abang Kandung

24-1-2017 06:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8814| Komen: 77

Seperti hilang pedoman, seorang lelaki berusia 15 tahun menikam adik perempuannya selepas tidak tahan dimaki hamun gadis berusia 14 tahun itu.


Foto: Suara TV

Menurut Bernama, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi tadi di rumah mereka di Batu 49, Kampung Chepir, Sik, Alor Setar.

Ketua Polis Daerah Sik, DSP Mohd Ismail Ibrahim berkata mangsa sedang tidur di dalam bilik seorang diri apabila bapanya mendengar jeritannya itu.

"Bapanya kemudian ke bilik mangsa untuk melihat keadaan anaknya itu dan mendapati darah keluar dari rusuk kiri mangsa yang sedang mengerang kesakitan," katanya kepada Bernama.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sik sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

"Suspek juga didapati membalut hulu pisau yang digunakan untuk menikam adiknya dengan tuala kecil," kata Ismail.

Tambahnya, suspek dipercayai melarikan diri selepas kejadian dan polis yang menjejakinya kemudian menemukannya semula  di kediaman mereka bersama-sama pisau yang digunakan.

"Suspek masih direman bagi tujuan siasatan kerana sengaja menyebabkan kecederaan selain didapati positif syabu," katanya.

Punca sebenar kejadian sedang disiasat. - CARI
 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Changa 24-1-2017 06:12 PM
kata kunci nya positif syabu.

kalau ada sanak saudara yang kaki dadah, baik korang bunuh jah terus dek sebelum mereka bunuh kamu.
Quote tolomana? 24-1-2017 06:13 PM
Mamat kedah memang tak tau jaga silatul rahmi
Quote WhiskeyScotch 24-1-2017 06:29 PM
Kalau dah pandai ambil dadah elok dibunuh aja budak ni. Jangan bagi peluang.
Quote pooh~key 24-1-2017 06:30 PM
Jangan lupa jahit pookey dan potong kote mak pak dia supaya berhenti membiak.
Quote rayray28 24-1-2017 06:34 PM
Ntah ntah mintak duit ke apa tu di maki hamunnya..panas hati bunuh ke adik tu terus:
Quote kuzaime 24-1-2017 06:41 PM
15 tahun dh pandai ambik dadah
Quote Artemesiaa 24-1-2017 06:41 PM
Apa diharap dari geng dadah apa pun sanggup dilakukannya.  Mak pak pulak selalu cuba menafikan bila ada anak penagih, bila dah jadi cam kes ni nak nyesal pun dah tak guna.
Quote dizzzek 24-1-2017 06:43 PM
pooh~key replied at 24-1-2017 06:30 PM
Jangan lupa jahit pookey dan potong kote mak pak dia supaya berhenti membiak.

langkah bijak
Quote bambimo 24-1-2017 06:58 PM
bahaya ni..penyalah gunaan dadah xkenal umur..
Quote lasagnaklcc 24-1-2017 07:04 PM
Org tu tgh tido tiba2 tikam. Dendam la tu. Elok la tgh on syabu plak tu.
Quote aechae 24-1-2017 07:06 PM
15 tahun dpt mna duit ko beli dadah dikkk oii???
Quote LostStar 24-1-2017 07:10 PM
Haiyoooo seram aaa
Quote putehkundor 24-1-2017 07:38 PM
gap umur cuma setahun, set2 beranak ramai ka parents theyols ni
Quote ronapink 24-1-2017 07:52 PM
mesti dah tak sekolah
Quote surwanis 24-1-2017 07:53 PM
Penagih nih emosi xstabil...sanggup buat ape jek..baek simbah myk panas jek bg menggelupor...seblom mampus
Quote becir 24-1-2017 08:18 PM
Pengalaman i, Dua Abang kandung drug addicts..Walaupun xsampai tahap yg mcm Ni, tetap stress Bila diaorg ada kat rumah..Wallet jgn tinggal merata and pintu bilik mesti kunci SBB tak nak diaorg curi barang...belum lagi kes hilang xbalik2..I la jadi mangsa kena call balai polis n hospital Tanya kot2 kena tangkap/arwah bawah pokok.. Skrg Ni Aman damai hidup sebab dua2 dah passed away. Sejujurnya I lega diaorg mati awal, dah xde kes nak menyusahkan my mum n family lagi dah. Kekadang my relatives sibuk bukak ceta dedulu yg elok2 pasal my brothers...I heran pun tak.
Quote prettyuglybabe 24-1-2017 08:29 PM
amboi.. 15 tahun dah jadi taik dadah..
harap mak bapak mereka tak membiak lg dah..
Quote Siputjelly 24-1-2017 08:30 PM
aduhh kecik kecik dah pandai main syabu.
Quote lostfaith 24-1-2017 08:53 PM
Apa bodohnya tajuk. Orang kalu dah pekena syabu nasihat pun dia boleh pi bunuh...bukan soal mulut jahat..

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.050148 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top