Dijangka lebih 'panas' suasana perebutan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak (FAM) apabila nama Khairy Jamaluddin turut tersenarai pada Kongres Tahunan FAM Ke-53 yang bakal berlangsung Mac ini untuk merebut kerusi tertinggi badan induk bola sepak negara itu.
Samada Khairy layak atau pun tidak memegang jawatan utama badan induk bola sepak negara ini, menurut sumber terdekat dengan FAM, ianya tidak menjadi masalah sekiranya Kabinet membenarkannya. Selain itu, antara nama-nama lain yang dikhabarkan turut disenaraikan sebagai calon utama termasuk Tan Sri Aseh Che Mat (bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tan Sri Annuar Musa (bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan). Penyerahan nama-nama calon bagi calon Presiden FAM akan berakhir pada lewat Isnin. Manakala senarai akhir pencalonan akan diumumkan pada 20 Februari ini sebelum Kongres FAM ke-53 diadakan pada 25 Mac depan.
Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebelum ini mengulangi pendiriannya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden FAM yang disandang sejak 2014, sekali gus menyaksikan FAM memutuskan supaya pemilihan penggal baharu jawatankuasa eksekutif diawalkan dari 2018 ke tahun ini.- CARI |
11
Bagus |
23
Marah |
20
Terkejut |
22
Sedih |
20
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT