Walaupun menghidap cerebral palsy, tapi insan istimewa, Ahmad Faiz Ibrahim yang berusia 19 tahun berjaya membuktikan kemampuannya seperti individu normal apabila diumumkan salah seorang daripada 19 pelajar terbaik peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2016 Kelantan yang memperoleh 10 Mumtaz (cemerlang).
Memetik laporan Utusan Online, sebelum ini, difahamkan pelajar Maahad Ar-Rahmah Kenali, Kubang Kerian itu ketika peperiksaan STAM, menulis jawapan dengan hanya bantuan dagu dan mulut tapi sedikit pun tidak menjadi penghalang untuk dirinya mencapai keputusan cemerlang dalam STAM. "Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT. Kejayaan ini saya hadiahkan kepada ibu dan ayah yang selama ini sabar menjaga saya." Di samping itu, Ahmad Faiz yang berasal dari Pengkalan Demit, Kota Bahru berazam dapat terus melanjutkan pelajaran sehinggalah ke peringkat tertinggi iaitu pHD (Doktor Falsafah) dan menjadi pakar dalam bidang Usuluddin.
"Dengan keputusan ini, saya harap dapat terus menyambung pelajaran sehinggalah ke peringkat tertinggi iaitu pHD (Doktor Falsafah) dan menjadi pakar dalam bidang Usuluddin."- CARI |
9
Bagus |
14
Marah |
14
Terkejut |
10
Sedih |
17
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT