Awas artis wanita, jangan terpedaya dengan helah artis remaja lelaki yang suka bergaya comel ala-ala kanak-kanak. Ramai tidak sedar yang dia sebenarnya suka mengambil kesempatan apabila dilayan seperti seorang adik.
Dalam diam, dia sangat suka jika artis wanita memeluk dan memanjakannya. Itulah antara detik yang sangat dinanti-nantikan artis remaja ini. Bukan main seronok lagi dia apabila dapat merasa bahagian dada artis yang memeluknya. Baginya semua itu rezeki terpijak apatah lagi jika yang memeluknya itu artis terkenal dan jelita. Dia sangat bangga apabila bercerita mengenai perkara itu kepada kawan-kawannya, siap tunjuk gambar lagi. Nampak saja mukanya suci bersih tetapi hatinya miang. Jadi, jangan ada yang tertipu dengan wajah naifnya itu ya. Dia bukan lagi anak kecil seperti di awal kemunculannya dulu. Artis yang bakatnya dicungkil dari program realiti ini sudah besar panjang dan bermata keranjang. Jangan tak tahu, dia ada ramai teman wanita dan semuanya berusia 20 tahun ke atas. Bab mengayat memang dia handal, kalau tidak masakan bertukar kekasih macam salin baju.
Memang dari sekarang sudah nampak ciri kasanova, tak tahulah apa akan jadi dengan perjalanan hidupnya selepas ini. Agaknya dia terkena kejutan budaya apabila diterima masuk dalam industri hingga tidak tahu membezakan apa yang patut dan tidak. Sha harap dia tidak terus leka, bimbang nanti kembara seninya lebih banyak cerita negatif daripada positif. Sayang andai itu berlaku sedangkan dia berbakat. |
hyie posted on 11-8-2013 10:51 PM
iols terbayang muka salah sorang pelakon Oh My English tu...yang kurus2 tinggi...x sure season 2 dia ...
tora216 posted on 12-8-2013 12:24 AM
apasal aku dok t'bayang2 kan haris bdk idola kecil tu ek.. tp rse nye haris tu x abis sklh mngah lgi ...
ratuiphone posted on 11-8-2013 11:05 PM
yg jadi pakwe izara dlm ome tu ke
hyie posted on 12-8-2013 02:15 PM
Tak sure lak, tp dia ada belakon filem Tentang Bulan
appleapril87 posted on 12-8-2013 02:19 PM
Si aedy asraf tu ke?.
ADVERTISEMENT