CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Intan Najuwa Tak Pernah Berharap Dapat Lelaki Sempurna - “Dah Kalau Nama Jodoh, Allah Akan Atur Cantik-Cantik"

6-11-2024 11:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5545| Komen: 39

 


Pelakon Datin Intan Najuwa berkata dia tidak pernah berharap mendapat seorang lelaki sempurna sebagai pasangan hidupnya kerana percaya dengan aturan Allah.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Intan  berkata dia hanya berdoa agar dijodohkan pasangan yang baik dan boleh menerima dirinya seadanya.

 

“Bagi saya, selama saya bujang dulu, tak pernah terlalu mengharap nak suami macam itu ini. Saya cuma doa saya dijodohkan dengan orang yang baik dan terima saya seadanya,” katanya.

Sementara itu, Intan berkata dia juga percaya jika sudah ditakdirkan jodoh seseorang pastinya akan ada jalan agar hubungan itu berjaya walaupun terdapat perbezaan.


“Dah kalau nama jodoh, Allah akan atur cantik-cantik. Awak tak perlu tahu bagaimana dan fikir sama ada dia adalah orang yang tepat atau bukan.

“Kalau dialah jodoh awak yang dah ditentukan, gaduhlah macam mana, perangai macam mana pun, baik buruk dia, dah kalau Allah tentukan dia adalah orang yang tepat, ya itulah dia,” tulisnya.

Dalam pada itu, Intan turut menitipkan pesanan kepada mereka di luar sana untuk tidak terlalu memikirkan tentang jodoh kerana ia telah ditetapkan oleh Allah.

“InsyaAllah, yang baik-baik akan datang kat awak. So girls, insyaAllah setiap jodoh dan pasangan yang ditentukan kepada kita ada sebab.

“Kadang-kadang, kehidupan kita tak seperti yang kita rancangkan. Teruskan hidup dan jangan hidup dalam penyesalan. Jangan stress-stress mencari jodoh,” katanya.


Sumber : Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 6-11-2024 11:27 PM
So laki dia x sempurnakah? Dah knp dia kata mcm.tu
Quote pocongkiutss 7-11-2024 12:49 AM
Yg penting POKETNYA SEMPURNA kan dekk
Quote pocongkiutss 7-11-2024 12:49 AM
Eh dia dah beranak ke belum
Quote lanacondor 7-11-2024 01:08 AM
Ko diam2 jela dik. Mmg ada manusia hidupnya sakit ati xboleh tgk org senang. Kurangkan post gambar suami anak2. Hidup aman damai.
Quote shida81 7-11-2024 06:20 AM
Tggu bile laki dia x de duit... Dia stay ke x
Quote babelina 7-11-2024 10:05 AM
semenjak kawin nie.. asyik nk menjawab kecaman jer.. ko chill2 la.. datin kot.. xyh ko kisah sgt hal2 netizen tu..
Quote AKAZ85 7-11-2024 11:50 AM
Takde modal toksah laa berangan nak dapat laki kaya kekdahnyeeeee
Quote starcity 7-11-2024 12:45 PM
Nak dpt laki kaya kenala lepak kt tmpt org2 kaya. Kalau lepak dgn mat rempit dpt la kau spesis rempit + penagih. Tp dia ni bijak la cari jodoh kaya. Yg tak bijak tu DD. Muka lawa tp pilih lelaki mcm tu
Quote putribatrisya 7-11-2024 12:55 PM
Ekceli laki dia keje apa chuolsss? Atau bisnes apa?

Ot: iols ada beli jugak air kunyit ngan air celery dia. Sedapppp haha
Quote belilies 7-11-2024 05:02 PM
Laki dia macam mustapha kamal
Quote heythere123 7-11-2024 09:57 PM
dia ni elok diam kot. Kang kalau orang gali macam mana boleh jumpa kan meroyan pulak
Quote anony-mous 7-11-2024 10:13 PM
noor2 replied at 6-11-2024 11:27 PM
So laki dia x sempurnakah? Dah knp dia kata mcm.tu


Mana ada manusia sempurna. Laki dia pon x. Bdn gundu, xhensem mana. Bergaya xpndai. Tp mcm dia kata la, ckup la laki tu baik n trima dia

YG PENTING KAYOOOO
Quote menjad 7-11-2024 10:27 PM
Baru setahun jagung xyah nak hebohhhh ... Jauh lagi perjalanan banyak lagi benda nak hadap.

Jaga ajer laki tuh, zaman socmed nihhhh ramai pelakor. Jangan tunjuk sweet sgt. Kang kot gigit jari somi kena rampas pulak.
Quote rosevelvet 7-11-2024 11:02 PM
Pumpang2 bahagia, suami terpaling baik, isteri tpaling  bahagia... Ujung2 sengsara bertahun. Better xyah ckp la najuwa oiii... Dah ada precedent case
Quote mrseller 7-11-2024 11:13 PM
Janji poket sempurna okeh
Quote ninja boy 7-11-2024 11:42 PM
Untunglah kawen laki kaya, apalagi simpan duit, beli rumah nama sendiri, bisnes2, ianya persediaan, dikuatiri lelaki miang kawen tinggal kawen tinggal
Quote miemiecha 8-11-2024 04:07 PM
bkn dlu dia ke yg kabo upgred diri sbb nk msk sekel laki dia tu.. tu yg dapat tekel laki dia tu...
Quote Prickford 8-11-2024 05:14 PM
rosevelvet replied at 7-11-2024 03:02 PM
Pumpang2 bahagia, suami terpaling baik, isteri tpaling  bahagia... Ujung2 sengsara bertahun. Better  ...

Tapi kalau yg sejenis asik memuji bahagia rumahtangga sendiri publicly, show off itu ini, cerita hal2 yg orang luar tanak tau pon pasal pasangan sheolls, mmg expectation tak bahagia tu ada...haha...ada masalah dalaman

Quote Hoola 8-11-2024 07:31 PM
tunng dulu dgn pkcik ferrari
now dgn dato

huntung badan kannnnnn

achik hoola korg ni drbr taxi pun xsudi masuk minta

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.059628 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top