CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Baru beli Maxus Mifa 9, Noor Nabila ‘angkat’ Range Rover RM2.5 juta

7-11-2024 07:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 47642| Komen: 115

 


Baru sahaja beberapa bulan memiliki kenderaan MPV, Westar Maxus Mifa 9, nama usahawan sensasi Noor Nabila sekali lagi meledak dalam media sosial selepas membeli kereta jenama mewah, Range Rover.

Menerusi hantaran video pempengaruh, Rosix Omar, dia dilihat menemani kakak kepada selebriti Neelofa itu untuk mengambil kenderaan pacuan 4 roda baharu yang sudah lama diimpikannya.


“Akhirnya setelah sekian lama menunggu, Bella (Nabila) dapat kereta idaman. Dia periksa dulu sebelum ambil. Hari ini, keretanya dah sedia untuk dibawa pulang,” katanya.


Range Rover warna kelabu yang dilengkapi nombor pendaftaran eksklusif tersebut difahamkan merupakan model terbaharu yang dianggarkan bernilai sekitar RM2.5 juta.

Semakan menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan meluahkan kekaguman terhadap kejayaan ibu kepada seorang cahaya mata itu yang berjaya memiliki kenderaan mewah tersebut.

“Banyaknya duit Bella ni, hari itu beli Maxus, ini Range Rover pula,” kata seorang netizen.

“Macam Range Rover Siti Nurhaliza, anggaran boleh cecah RM2.5 juta atau lebih. Rezeki dia, alhamdulillah,” tulis seorang netizen.


Terdapat juga netizen yang menyarankan Nabila supaya hidup bersendirian tanpa teman kerana bimbang pasangannya nanti tidak mampu mengimbangi status hidupnya 


Sumber : - KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apedehal 7-11-2024 07:39 PM
Tayah bimbang pasangan, rocik kan adeh sentiasa available..senanya rocik tu apa kerja heshe selain menempel korga kelate tu..nmpak mewah jugak
Quote kerani_je 7-11-2024 07:40 PM
Elok la tu tayang harta duniawi..Kat ig gigih tunjuk video punggung dekat gym pkai seluar ketat baju senteng..Nampak penampakan mamu jugak disebalik punggung dak bella..Dating bersama ke tu kat gym?
Quote apedehal 7-11-2024 07:43 PM
kerani_je replied at 7-11-2024 07:40 PM
Elok la tu tayang harta duniawi..Kat ig gigih tunjuk video punggung dekat gym pkai seluar ketat baju ...

Kan kaka..makin ditonggek tonggek montot itu..rupanyah duda ada sekali situ
Quote VirginLady 7-11-2024 08:08 PM
dia amek dengan Weststar jugak ni
Weststar automotive ada 4:
Weststar Maxus - Pj kat federal highway
Weststar Motorsports - kete conti, kat kl depan tabung haji
Weststar Auto - Honda kat Hq sebelah zoo negara
Weststar Technics - Hyundai, PJ sama sebelah Maxus

Gittew~
Quote Joysparta 7-11-2024 08:18 PM
Byk giler duit dia.

Dia kerja apa?
Quote zuriey 7-11-2024 08:23 PM
Dia baru buka restoran dkt elmina tu kan
Quote Perawankota 7-11-2024 09:27 PM
Business bagus ke?
Quote razzia 7-11-2024 09:34 PM
tak ble tgk la
pesyen dia yg sll
pakai seluar gim
ketat dia tu baju singkat.tak sesuwai hokey.hauk nampak
Quote MatDeghem 7-11-2024 09:39 PM
Elloooo....Range rover tak main lah. lamborghini tetap pilihan bg mat. yang kaler purrpel
Quote Whitney72 7-11-2024 09:48 PM
MatDeghem replied at 7-11-2024 09:39 PM
Elloooo....Range rover tak main lah. lamborghini tetap pilihan bg mat. yang kaler purrpel

Deep...
Quote thelilyallen 7-11-2024 09:50 PM
razzia replied at 7-11-2024 09:34 PM
tak ble tgk la
pesyen dia yg sll
pakai seluar gim

Badan dia besar lah. Ada ternampak vid mama tini. Orang lain tukar rekod. Besar kemain lengan memasing.
Quote Sesuatu… 8-11-2024 12:00 AM
RR 2.5mil. Nomor Plate brp RM pulak tu?
Quote syamzana 8-11-2024 12:07 AM
byknya pitih juta2 harga kete
adakah dlm saving acc ratusan juta? byknya duit org
bisnes apa dia ni selain kedai mkn baru bukak tu ye?


Quote Rogue98 8-11-2024 12:10 AM
Asik beli kereta jer ...dah berapa bijik keta dah....hmm mcm sesuatu... Sprm taknak check ke..
Quote nonymous 8-11-2024 12:19 AM
Range rover Lopa yg dulu dah x pakai lagi ke ek, yg dia buat video lagu humood kat dlm keta tu.
Quote doubleA 8-11-2024 12:44 AM
Kaya kan slumber angkut kereta berjota2, education fund jj pun mesti berjota, apak sediakan berjota, omak pun berjota senang masa depan jj nanti study oversea jelah. Usahawan berjaya la kaknab ni eh? Tokti beli iols caya tokti kaya, kaknab pun sekaya level toktik ni patut lemak pun kaya raya mcm kaya keturunan, cuma mamatinpap jela kerja keras sebab jenis suka bekerja walaupun kaya raya 7 keturunan tak habis makan
Quote EriaDoritis 8-11-2024 12:52 AM
zuriey replied at 7-11-2024 08:23 PM
Dia baru buka restoran dkt elmina tu kan

Restoren apa chuols?
Maknya baru umum ada share nasi lemak village park
Quote AWEKSAMURAI 8-11-2024 01:03 AM
zuriey replied at 7-11-2024 08:23 PM
Dia baru buka restoran dkt elmina tu kan

Orang bukak restaurant 20 tahun pun xde yg pakai kete juta melain bukak restaurant tu wayang ja yg btul nya cuci cuci cuci
Quote starcity 8-11-2024 01:04 AM
Gigih tayang2, nnti jd mcm kes Vivik & laki dia

Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.038804 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top