CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ippo Hafiz pertahankan Fazura, mungkin ada masalah teknikal

7-11-2024 12:05 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21219| Komen: 35

 


Komposer dan penulis lirik lagu Bertahan Demi Cinta, Ippo Hafiz merasakan tidak adil sekiranya nyanyian Nur Fazura dihentam hanya menerusi satu persembahan secara 'live'.

Ippo berkata, Fazura mungkin berhadapan beberapa masalah sebelum menyanyikan lagu duet bersama bekas suami, Fattah Amin itu secara langsung, justeru netizen tidak boleh menghentam seolah-olah tidak mampu menyanyikan dengan baik.

"Saya pun baru balik dari Jakarta, Indonesia bagi mempromosikan lagu Tenang Diri. Cuma, saya tidak bersama Fazura ketika menyanyikan lagu duet itu secara solo dan 'live' ketika memenuhi undangan temubual SEA Today News di Indonesia.

"Saya turut diundang, tetapi tak boleh hadir. Apa yang saya nampak jadual Fazura padat. Jadi, bila diminta menyanyikan lagu secara live, mungkin dia agak terkejut.

"Lagu ini juga sukar dinyanyikan secara solo kerana ia adalah lagu duet.


"Bagi saya, penyanyi perlu mendengar apa yang dinyanyikan dan kalau 'in ear monitor' bermasalah, kita tak boleh dengar suara. Jadi, mungkin ada masalah teknikal, tapi saya tiada di sana dan tak berani nak ulas banyak.

"Jadi, orang ramai tak boleh harap kita akan sentiasa dapat menyanyi dengan sempurna," katanya kepada BH Online.

Tambah Ippo, lagu Bertahan Demi Cinta tetap dipromosikan di Indonesia kerana menghormati aturan yang sudah disusun oleh syarikat rakaman Indonesia, Hits Records.

"Bertahan Demi Cinta adalah lagu runut bunyi untuk drama Hero Seorang Cinderella 2. Memang kami sasarkan untuk pasarkan di Indonesia.

"Tapi, kita hanya boleh merancang dan tidak menyangka perceraian ini boleh berlaku.

"Ini semua membabitkan syarikat rakaman Indonesia, jadi kami kena hormati apa yang sudah disusun. Syarikat rakaman juga pun tak jangka semua ini akan berlaku.

"Kita pun tak mahu campurkan soal peribadi dan kerja. Jadi, sepatutnya netizen selidik dulu apa yang berlaku sebelum memberikan komen," katanya.

Nyanyian Fazura ketika mempromosikan single Bertahan Demi Cinta hasil paduan suara dengan bekas suaminya, Fattah Amin itu menerima pelbagai reaksi, sejak video nyanyiannya itu tular, semalam.

Malah, topik itu juga menjadi bualan ramai sehingga menjadi salah satu topik 'Trending di Malaysia' menurut laman sosial, X.

Rata-rata memberikan komen kurang menyenangkan mengenai kualiti vokal dan penyampaian Fazura.

Bertahan Demi Cinta adalah single yang pernah mencetuskan kontroversi dilancarkan dua hari selepas Fazura dan Fattah bercerai.

Karya ciptaan sepenuhnya Ippo Hafiz dan diterbitkan oleh syarikat rakaman Indonesia, Hits Records.

Difahamkan, Fazura merakamkan lagu itu bersama Fattah sekitar Februari lalu ketika mereka masih bergelar suami isteri.

Sumber : - Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raman 7-11-2024 12:06 AM
Walaupun aku suka Fazura tapi hakikat yang perlu diterima adalah dia tidak boleh menyanyi. Kalau nak sangat, hirelah vocal coach supaya tidak hazab sangat
Quote malaysiaku123 7-11-2024 12:28 AM
Iols kipas susah mati kakafaz
Tp diakui faz n mantan tidak punya suara yg bombastic.tp dorg pny minat dan duit.
So aku nasihatkan kak faz p ambil kelas vokal n polish ur voice sampai boleh nyanyi mcm Nabila razali pn Xpa dh..Bella dulu pn kn kecam kaw2..tp skrg she is better than before.
Quote sharlenetexas 7-11-2024 12:29 AM
Ippo nyanyi suara sedap. Tu je nak cakap. Semoga dapat melebarkan sayap.

Quote noor2 7-11-2024 05:45 AM
X pernah dgr ippo ni menyanyi..
Quote manopBKK 7-11-2024 05:51 AM
Lame! Org x pro pun tahu x leh gi jauh vokal gitu… unless tone deaf
Quote zuriey 7-11-2024 07:50 AM
Sbb tu agaknya mek jura tak sedar2 dia mmg tak boleh nyanyi.
Sbb keliling dia byk kaki kipas je

Quote lailies 7-11-2024 08:06 AM
orang sekeliling faz perlu main peranan..mana x betul di tegur...kalo yang salah pun di puji,di cover..mmg x patut laa mcm tu...
Quote Kacangmanis 7-11-2024 08:20 AM
Maaalahnya suara Kaka Faz mmg tidak sedap. Of topic, hri tu fyp vid Zara zya nyanyi kat TT. Sedap ye  suaranya. Tak tau plak dia bolh nyanyi, dia kn aktif sbgai pelakon.
Quote NonaNaga 7-11-2024 08:30 AM
cazaz ahmad ckp....kawan-kawan dia tak dak ka yg bgtau ...ahahaha ketidakbolehan menyanyi....
iols beli jer cd dia yg 2017-2018 sedap2 je lagu tak kesah lah autotune..
live tak leh lah haukkkk
Quote Anyaa29 7-11-2024 08:53 AM
Sy suka faz tp kalau bab nyanyian ni memang betul lah dia tidak boleh….tolonglah org2 terdekat faz jgn mcm ni, yg kena kecam pun nanti faz juga…
Quote Thunderclouds 7-11-2024 09:18 AM
Kacangmanis replied at 7-11-2024 08:20 AM
Maaalahnya suara Kaka Faz mmg tidak sedap. Of topic, hri tu fyp vid Zara zya nyanyi kat TT. Sedap ye ...

Hada kt yt kot dia nyanyi ngn live band lagu xpdc.
Sedap dia nyanyi.
Walau meluat ngn tuan badan.
Tp mmg sora dia sedap.
Quote Piramida 7-11-2024 09:19 AM
"Ippo Hafiz merasakan tidak adil sekiranya nyanyian Nur Fazura dihentam hanya menerusi satu persembahan secara 'live'.

Erkk.. Bkn sekali... Dah berkali2... Do your homework.
Quote jalfa 7-11-2024 09:42 AM
Rekod je la dlm studio macam.laguhancur hancur aku tu...live tak yah
.mcm angsa tercekik...bellah elok sikit
Quote alesandra 7-11-2024 09:46 AM
Dia mmg takleh nyanyi le nok.studio version autotune pun x sedap langsung.inikan pulak live.masalah teknikal jadahnya
Quote TerataiMelur02 7-11-2024 09:48 AM
Dah hang memang kamceng dengan dia hopkos la kau akan backup. Tapi kot ye pun toksah la kipas kuat sangat hippo oiiii
Quote akr 7-11-2024 09:48 AM
iol fan kakafaz. lagu2 dia actually ok kat telinga iol cumanya tolong jangan nyanyi live je, hancus
Quote melekaifc 7-11-2024 09:52 AM
adus hippo. jangan la jilat sampai camtu sekali. kesian kaka fazz. orang keliling dia memang lidah panjang ke asik menjilat je.
Quote Hypothetically 7-11-2024 09:52 AM
Not 1st time she nyanyi hauk, nak backup pun perlu cerdik. She's simply not a singer, just stick to acting as she does best. I wont be bias if she has real talent. A spade is a spade.
Quote Shinichikudo 7-11-2024 09:59 AM
yelah2..semuanya salah orang lain. fazura sentiasa terpaling betol. nak muntah.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.037880 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top