Siapa tak kenal dengan Ifa Raziah, memang seronok melihat celoteh serta lakonannya di kaca televisyen, dan tak ketinggalan suara lunaknya ketika menyanyi.
Namun malangnya kini dia sedang ditahan di Hospital Gleneagles dan selepas diperiksa, Ifa menghidap empat jenis penyakit iaitu bengkak hati, refluks gastroesofageal, hiatus hernia dan fibroid. "Saya mula mengalami sakit perut yang teruk sejak pulang dari Jakarta, Indonesia, baru-baru ini dan makan pun tidak menentu. Saya memang tidak menyangka sakitnya melarat," katanya kepada Berita Harian. Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 40, diberitahu doktor yang saiz fibroidnya sudah sebesar kandungan bayi dua bulan, menyebabkan perutnya kelihatan semakin membesar.
Masalah kolesterol tinggi, asid dalam perut, sembelit, kerap batuk dan obesiti antara punca terjadinya penyakit berkenaan. "Kalau hendak diikutkan, saya mempunyai beberapa komitmen kerja yang perlu diselesaikan. Tetapi, apabila perkara ini terjadi, saya perlu melakukan sedikit perubahan pada jadual kerja." Namun dia akur sekiranya doktor menyarankannya untuk melakukan pembedahan dengan segera . Kesian sungguh, jaga kesihatan elok-elok ya, kami doakan agar Ifa segera sembuh. -CARI |
16
Bagus |
13
Marah |
20
Terkejut |
28
Sedih |
19
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
stania83 replied at 20-1-2017 09:12 AM
Medical insurans cover tak sakit mcm ni?
doktor memberitahu beliau berdepan empat jenis penyakit iaitu bengkak hati, refluks gastroesofageal, hiatus hernia dan fibroid.
stania83 replied at 20-1-2017 09:12 AM
Medical insurans cover tak sakit mcm ni?
ADVERTISEMENT