Sepertimana sebelum ini Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, Datuk Seri Zulkifli Abdullah pernah menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dengan mana-mana pegawai dan anggotanya yang didapati bersalah melakukan kesalahan jenayah.
PDRM mempunyai lebih 150,000 pegawai dan anggota di seluruh negara, beliau tidak menafikan ada segelintir yang terlibat, namun PDRM sentiasa memastikan perkara tersebut diminimumkan. Terbaru, penglibatan tujuh anggota polis yang ditahan bersama seorang individu dipercayai menjadi pengedar dadah selepas mereka ditahan kerana memiliki pelbagai jenis dadah bernilai RM6.7 juta. Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff berkata, salah seorang daripada tujuh anggota polis berkenaan berpangkat Asisten Superintendan dan bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Kuala Lumpur. Menurutnya, pegawai polis itu ditahan bersama tiga lagi anggota polis berpangkat rendah yang juga bertugas di jabatan yang sama di Bukit Aman manakala tiga lagi anggota polis berpangkat rendah bertugas di IPK Kedah dan seorang awam dari negeri ini.- CARI
|
kentel replied at 19-1-2017 08:55 AM
"Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi..."
cc @ifanonline polis tak menjadi???
sebu replied at 19-1-2017 08:46 AM
Syiall betul polis mcm ni.
ADVERTISEMENT