Hah!? Pakai topi akan menyebabkan rambut gugur dan menjadikan anda botak. Biar betul? Terdapat segelintir individu takut untuk memakai topi kerana khuatir akan menjadi botak.
Kepada anda yang suka dan sering memakai topi, jangan risau! Ini kerana pakar pemulihan rambut, Dr. Alan Bauman mengesahkan perkara ini tidak benar dan mitos semata-mata! Fuh, lega tak? Menurut Dr. Alan, masalah keguguran rambut bagi lelaki berlaku kerana pengecilan folikel rambut yang progresif, sensitif terhadap hormon DHT (dihydrotestosterone), iaitu kegagalan testosteron berfungsi dengan baik. U.S. News & World Report melaporkan pemakaian topi tidak menyebabkan keguguran rambut, sebaliknya topi yang kotor boleh menyebabkan jangkitan pada kulit kepala.
Dr. Alan menambah, sesetengah individu yang mengalami masalah keguguran rambut memakai topi bagi menutup bahagian yang botak selain kelihatan lebih muda. Jadi, jangan takut untuk memakai topi anda dengan penuh gaya! Ia tidak akan menyebabkan anda menjadi botak. - CARI
|
12
Bagus |
16
Marah |
29
Terkejut |
18
Sedih |
23
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
otomatic_prince replied at 16-1-2017 05:35 PM
hahah tp betul juga ramai laki botak sbb bertopi
Rainrein replied at 16-1-2017 06:02 PM
Mitos semata mata. Pompuan x botak pun dok pakai tudung dari akil baligh sampai ke tua.
La ...
ADVERTISEMENT